Keberkesanan bengkel dalam meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan tahap motivasi guru terhadap proses penilaian dalam talian

Bengkel merupakan satu pendekatan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan tahap motivasi guru dalam

pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Kajian ini bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chelva Letchmanan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7395
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Bengkel merupakan satu pendekatan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan tahap motivasi guru dalam

pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Kajian ini bertujuan untuk mereka

bentuk dan melaksanakan bengkel Penilaian Dalam Talian (PDT) serta menilai

keberkesanan bengkel dalam meningkatkan kemahiran TMK dan tahap motivasi para

guru Bahasa Tamil. Di samping itu, kaji selidik tahap motivasi guru terhadap PDT

sebelum dan selepas bengkel telah dijalankan. Seramai 50 orang guru Bahasa Tamil

telah dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan bertujuan. Kajian ini

menggunakan kaedah campuran di mana kaedah kualitatif dijalankan menerusi

temubual manakala kaedah kuantitatif dijalankan menerusi soal selidik dan ujian pra

dan pasca. Bengkel PDT telah direka bentuk dan dijalankan berdasarkan sembilan tema

utama daripada instrumen temu bual. Keberkesanan bengkel dianalisis melalui kaedah

pra-eksperimental dengan menggunakan instrumen ujian pra dan pasca. Hasil dapatan

kajian melalui ujian T berpasangan mendapati perbezaan yang signifikan dengan nilai

t(49) = -40.86, p = 0.000, p< 0.05 antara ujian pra dan ujian pasca terhadap tahap

penguasaan kemahiran TMK dalam PDT dalam kalangan guru Bahasa Tamil. Dalam

pada itu, perbezaan tahap motivasi guru Bahasa Tamil terhadap PDT sebelum dan

selepas menghadiri bengkel juga dinilai menggunakan soal selidik dan dianalisis

menggunakan ujian T berpasangan. Analisis menunjukkan nilai t(49) = -8.373, p =

0.000, p<0.05 dengan perbezaan tahap motivasi yang signifikan terhadap PDT selepas

menghadiri bengkel. Selain itu, analisis korelasi pula menunjukkan nilai korelasi

sederhana kuat r(0.350) antara tahap kemahiran TMK dan tahap motivasi terhadap PDT

selepas para guru Bahasa Tamil menghadiri bengkel PDT. Ini membuktikan bahawa

motivasi guru meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kemahiran TMK selepas

menghadiri bengkel PDT. Implikasi kajian ini ialah pelaksanaan bengkel dapat menjadi

satu panduan kepada guru untuk menjalankan PDT dalam proses pengajaran dan

pemudahcaraan serta membimbing mereka untuk memahami kepentingan penerapan

TMK dan motivasi dalam pelaksanaan proses PDT.