Unsur satira dalam kumpulan sajak En Kanavukalum Koncam Kavitaikalum

Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur satira; menganalisis motif penggunaan

unsur-unsur satira berdasarkan teori angkatam (satira) dan menghuraikan sebab

penggunaan unsur-unsur tersebut dalam kumpulan saja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Agilan Subramaniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7397
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur satira; menganalisis motif penggunaan

unsur-unsur satira berdasarkan teori angkatam (satira) dan menghuraikan sebab

penggunaan unsur-unsur tersebut dalam kumpulan sajak En Kanavukalum Kocam

Kavitaikalum karya N. Patchaibalan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan

kaedah analisis teks berdasarkan teori angkatam yang dipelepori oleh Tolkappiyiar.

Analisis dan perbincangan dibuat berpandukan teori angkatam yang terdiri daripada

cemporul angkatam (satira secara langsung) serta palikara angkatam (satira secara

tidak langsung) berdasarkan tiga sasaran yang iaitu individu, masyarakat dan politik.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa N. Patchaibalan telah menerapkan kesemua

angkatam yang dikaji kecuali palippatu pol pugalvathu (kejian yang terungkap dengan

pujian) yang disasarkan kepada bidang politik. Dari segi cemporul angkatam, pengkaji

dapat mengesan sebanyak 17 sindiran yang merangkumi tujuh sindiran terhadap

individu dan lapan sindiran terhadap masyarakat serta dua sindiran ditujukan kepada

politik. Selain itu, pengkaji dapat mengesan sebanyak 10 palikara angkatam yang

merangkumi pugalvathu pol palippatu (pujian yang terungkap dengan kejian) dan

palippatu pol pugalvathu. Antara sindiran ini, lapan sindiran berkaitan pugalvathu pol

palippatu, iaitu tiga sindiran disasarkan kepada individu manakala empat sindiran

bersasarkan kepada masyarakat serta satu sindiran ditujukan kepada politik. Sementara

itu, dalam dua sindiran berkaitan palippatu pol pugalvathu, satu ditujukan kepada

individu dan satu lagi terhadap masyarakat. Pengkaji juga mendapati sebanyak 46 sebab

penggunaan satira dalam kumpulan sajak tersebut. Kesimpulannya, N. Patchaibalan

telah menyelitkan 17 unsur satira yang diutarakan oleh teori angkatam dalam sajaksajaknya.

Implikasinya, kajian ini mendorong masyarakat India mengambil tindakan

proaktif untuk mengatasi kemelut yang dihadapi dalam bidang sosioekonomi dan

kebudayaan agar dapat menikmati arus pembangunan negara bersama dengan kaum

lain.