Hubungan antara minat, pengetahuan dan kemahiran terhadap hasrat memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian di UiTM Puncak Alam, Selangor

Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara minat, pengetahuan dan kemahiran

dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terhadap hasrat

memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian. Model Acara Keusa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hani Umirah Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7411
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara minat, pengetahuan dan kemahiran

dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terhadap hasrat

memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian. Model Acara Keusahawanan

Shapero (1982) telah digunakan sebagai asas kajian. Kajian ini menggunakan

pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan

sebagai instrumen pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 359 orang

pelajar sarjana muda UiTM Puncak Alam. Data dianalisis menggunakan analisis

deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif yang sederhana antara minat (r=0.670), pengetahuan (r=0.571) dan kemahiran

(r=0.666) pelajar dengan hasrat untuk memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian

pada aras signifikan 0.05. Seterusnya, nilai R bagi minat, pengetahuan dan kemahiran

ialah 0.449, 0.326 dan 0.443. Analisis regresi menunjukkan bahawa minat ( = 0.539,

p = 0.000) mempunyai pengaruh yang dominan terhadap hasrat memulakan kerjaya

keusahawanan dalam talian, diikuti dengan kemahiran ( = 0.517, p = 0.000) dan

seterusnya pengetahuan ( = 0.169, p = 0.000). Kesimpulannya, minat, pengetahuan

dan kemahiran yang tinggi mempengaruhi secara signifikan hasrat pelajar untuk

memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian. Sehubungan itu, minat, pengetahuan

dan kemahiran pelajar haruslah ditekankan dalam usaha meningkatkan hasrat untuk

memulakan kerjaya keusahawanan dalam talian.