Penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di IPT

Kajian ini dijalankan untuk melihat potensi penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan pelajar Pendidikan Islam di IPT yang terpilih. Kajian ini melibatkan

146 orang pelajar yan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7412 |
Tags: | Add Tag |
Summary: |
Kajian ini dijalankan untuk melihat potensi penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan pelajar Pendidikan Islam di IPT yang terpilih. Kajian ini melibatkan

146 orang pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej

Universiti Islam Selangor. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data

dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif

melibatkan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar, persepsi pelajar terhadap sistem

rangkaian media sosial sebagai bahan pdp, faktor penerimaan dan kepercayaan pelajar terhadap

media sosial sebagai bahan pdp. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian t, ANOVA sehala

dan ujian korelasi Pearson bagi menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah

kajian. Hasil kajian menunjukkan penggunaan media sosial sememangnya meluas tanpa mengira

latar belakang pengguna. Namun, penggunaannya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam hanya berada pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat

perbezaan signifikan antara pemboleh ubah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan

sederhana tinggi antara tujuan penggunaan media sosial dan persepsi pelajar terhadap media sosial

sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di IPT. Kesimpulan

daripada kajian mendapati para pelajar seharusnya memanfaatkan dan memaksimumkan

penggunaan media sosial sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Implikasinya, para pelajar dapat memahami dan mengaplikasi isi pelajaran bukan sahaja untuk

peperiksaan malah dalam kehidupan seharian.