Analisis adaptasi novel Tamil Lockup ke filem Tamil Visaranai

Tujuan kajian ini untuk menganalisis kandungan atau tema dan persoalan yang

dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel Tamil Lockup oleh penulis M.

Chandarakumar yang diadaptasi ke filem Tamil Visaranai. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kanesan Ramasamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7422
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini untuk menganalisis kandungan atau tema dan persoalan yang

dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel Tamil Lockup oleh penulis M.

Chandarakumar yang diadaptasi ke filem Tamil Visaranai. Kajian ini dijalankan

untuk mencapai objektif bagi iaitu penelitian tentang unsur persamaan dan

perbezaan dalam kedua-dua media ini sama ada berlaku sama ada pengekalan,

pengguguran, dan penambahan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan

sebagainya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif

berdasarkan teori adaptasi Mc Franlane yang melibatkan empat peringkat

adaptasi iaitu naratif, verbal ke visual, enunsiasi dan keseluruhan. Seterusnya

sinopsis novel bagi setiap bab diterangkan bagi menunjukkan persamaan dan

perbezaan diantara unsur naratif, watak, enunsiasi dan unsur keseluruhan

dengan filem yang diadaptasikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

adaptasi yang dihasilkan oleh pengarah filem menunjukkan kesetiaan novel

dengan unsur-unsur adaptasi. Selain itu, adaptasi filem berkenaan berupaya

menghuraikan naratif yang digambarkan oleh pengarah, bersesuaian dengan

situasi dalam novel bagi meningkatkan minat dan tabiat membaca dikalangan

masyarakat.Kesimpulannya bahawa adaptasi memainkan peranan penting dalam

bahan penulisan yang diterbitkan. Adaptasi karya sastera akan menjadi satu

usaha yang sangat indah dan membanggakan apabila ia mampu

menterjemahkan dan menceritakan kembali karya tersebut dalam bentuk baharu

untuk dipersembahkan kepada khalayak. Implikasinya, adaptasi dapat

membuka ruang bagi mencari, menaakul serta meneroka suatu penemuan

baharu yang mencabar dan bermakna dalam bidang penulisan dan penyelidikan

yang berkaitan dengan adaptasi dalam karya sastera.