Analisis ilustrasi Kashvi dalam cerpen-cerpen Tamil Nyaayiru Nanban

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis ilustrasi Kahsvi dalam cerpencerpen

Tamil yang telah diterbitkan dalam akhbar harian Malaysia Nanban edisi

Ahad Nyaayiru Nanban. Ilustrasi ini dipilih dari bulan Januari h...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7424 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis ilustrasi Kahsvi dalam cerpencerpen

Tamil yang telah diterbitkan dalam akhbar harian Malaysia Nanban edisi

Ahad Nyaayiru Nanban. Ilustrasi ini dipilih dari bulan Januari hingga Jun 2018.

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif bagi menjelaskan peranan ilustrasi

dalam cerpen dengan mengenal pasti dan menyenaraikan elemen-elemen

ilustrasi. Teori Semiotik- Spesifikasi Dyer telah digunakam untuk

menghuraikan makna tanda-tanda ilustrasi. Kajian ini menggunakan

pendekatan kualitatif secara deskriptif berdasarkan tanda-tanda semiotik

elemen-elemen tubuh fizikal, perwatakan, perlakuan dan latar belakang

persekitaran. Jadual analisis digunakan untuk menghuraikan elemen-elemen

berdasarkan perwakilan, objek dan interprestasi secara terperinci. Analisis dan

hubung kait antara semua elemen dibincangkan bagi mewujudkan makna dan

mesej keseluruhan dalam ilustrasi Kashvi. Seterusnya sinopsis cerpen

diterangkan bagi menunjukkan hubungan diantara cerpen dengan ilustrasi yang

dilukiskan. Hasil kajian ini didapati bahawa ilustrasi yang dihasilkan oleh

Kashvi dan cerpen yang ditulis oleh penulis tempatan menunjukkan perkaitan

antara perwakilan, interprestasi dan objek dengan elemen-elemen spesifikasi

Dyer. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ilustrasi berkenaan

berupaya menghuraikan makna tanda-tanda yang digarap oleh ilustratur,

bersesuaian dengan situasi dalam cerpen bagi meningkatkan minat dan tabiat

membaca dikalangan masyarakat. Maka, dapat dirumuskan bahawa ilustrasi

memainkan peranan penting dalam cerpen yang diterbitkan. Implikasinya,

ilustrasi cerpen dapat membuka ruang bagi mencari, menaakul serta meneroka

suatu penemuan baharu yang mencabar dan bermakna dalam bidang penulisan

dan penyelidikan yang berkaitan dengan ilustrasi dalam karya sastera.