Pembinaan dan kesan modul K5FN bagi topik kadar tindak balas terhadap pelajar sekolah menengah di Palembang

<p>Kajian bertujuan membina dan menilai kesan modul pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme menggunakan model instruksional Lima Fasa Needham (K5FN) bagi topik kadar tindak balas, berdasarkan kurikulum kimia kebangsaan Indonesia. Kajian ini juga mengenal pasti kesan modul K5FN te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Made Sukaryawan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7468
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian bertujuan membina dan menilai kesan modul pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme menggunakan model instruksional Lima Fasa Needham (K5FN) bagi topik kadar tindak balas, berdasarkan kurikulum kimia kebangsaan Indonesia. Kajian ini juga mengenal pasti kesan modul K5FN terhadap pencapaian akademik, sikap saintifik dan minat pelajar. Selain itu, kajian juga meneliti persepsi pelajar tentang modul K5FN sebagai sebuah bahan bantu mengajar. Modul K5FN dibina berdasarkan gabungan model instruksional Rowntree-Tessmer. Kesan modul ini diuji menerusi kajian eksperimen kuasi. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pasca, soal selidik sikap saintifik, minat, persepsi dan satu protokol temu bual. Sejumlah 189 pelajar tingkatan sebelas dipilih secara rawak daripada tiga buah sekolah menengah di Palembang. Seterusnya, 89 pelajar dalam kumpulan eksperimen mengikuti pembelajaran menggunakan Modul K5FN, manakala 100 pelajar kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Analisis ANCOVA dibuat untuk menentukan perbezaan pencapaian akademik di antara kumpulan, sementara analisis deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti sikap saintifik, minat dan persepsi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan apabila ujian pra dikawal, terdapat perbezaan yang signifikan (F(l,186)=31.417; p<.05) dalam pencapaian akademik pelajar yang menggunakan Modul K5FN berbanding konvensional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min sikap saintifik (min=3.77; SP=0.59) dan minat (min=3.67; SP=0.56) yang menggunakan Modul K5FN lebih tinggi berbanding pelajar kumpulan kawalan. Dapatan ini disokong oleh persepsi positif pelajar terhadap Modul K5FN di mana 82.02% pelajar menyokong penggunaan Modul K5FN sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan. Kesimpulannya, penggunaan Modul K5FN berpotensi untuk meningkatkan tahap pencapaian, sikap saintifik dan minat pelajar bagi topik kadar tindak balas. Justeru, Modul K5FN boleh digunakan sebagai bahan pengajaran altematif bagi topik kadar tindak balas.</p>