Tahap pengetahuan dan persepsi pelajar sekolah menengah terhadap i-Think di daerah Merlimau, Melaka

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan

persepsi pelajar serta perbandingan gender terhadap i-Think di daerah Merlimau,

Melaka. Reka bentuk kajian tinjauan ini dijalankan den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Hafizzi Saiman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7472
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan

persepsi pelajar serta perbandingan gender terhadap i-Think di daerah Merlimau,

Melaka. Reka bentuk kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik

berstruktur menggunakan Skala Likert lima mata yang telah diubah suai dari kajian

lepas. Responden yang dipilih melalui persampelan rawak mudah melibatkan 343

orang pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Analisis deskriptif dijalankan bagi mencari

nilai min dan peratus, manakala analisis inferensi ditadbir menggunakan korelasi

Pearson, ANOVA, Ujian Individu (t-test) dan post-hoc bagi menentukan hubungan

pengetahuan dan persepsi terhadap i-Think. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

pelajar tingkatan empat mempunyai tahap pengetahuan yang paling tinggi iaitu 83.72%

(cemerlang) diikuti pelajar tingkatan dua dan satu dengan masing-masing pada nilai

82.46% (cemerlang) dan 79.49% (baik). Tahap persepsi bagi semua responden pula

berada pada tahap sederhana tinggi dan seragam dengan julat nilai min 3.01 4.00.

Seterusnya, tahap pengetahuan pelajar perempuan lebih tinggi dengan nilai min 3.66

berbanding pelajar lelaki dengan nilai min 3.54. Dapatan juga menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan tahap persepsi antara

pelajar lelaki dan perempuan dengan masing-masing pada nilai signifikan 0.007 dan

0.001. Kesimpulan kajian mendapati bahawa i-Think diterima dengan baik oleh pelajar.

Justeru, kajian ini berpotensi untuk dijadikan penanda aras tentang status tahap

pelaksanaan i-Think di Malaysia khususnya di negeri Melaka. Pemantauan penggunaan

i-Think perlu dijalankan secara berterusan untuk melihat ketekalannya dalam kalangan

pelajar. Implikasinya, i-Think wajar digunakan untuk meningkatkan penguasaan ilmu

konten pelajar pada skala yang lebih besar.