Hasil pengeluaran getah pada harga pasaran di negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1900-1941

Kajian ini memfokuskan kepada hasil pengeluaran getah pada harga pasaran di NegeriNegeri Melayu

Bersekutu (NNMB) yang bermula dari tahun 1900 sehingga 1941. Industri getah telah berhadapan dengan

faktor-faktor ketid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hasrinah Mohd Sahi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7473
Tags: Add Tag
- 1
pahang 1
upsi 1
Description
Summary:
Kajian ini memfokuskan kepada hasil pengeluaran getah pada harga pasaran di NegeriNegeri Melayu

Bersekutu (NNMB) yang bermula dari tahun 1900 sehingga 1941. Industri getah telah berhadapan dengan

faktor-faktor ketidakstabilan dalam pengeluaran getah pada harga pasaran yang turun naik. Sehingga

Perang Dunia Kedua, pasaran harga getah telah menjadikan komoditi ini sangat penting dalam

mempengaruhi hasil pengeluaran dan pembukaan ladang-ladang getah di NNMB. Kajian ini menggunakan

kaedah kualitatif iaitu dengan membuat analisis terhadap dokumen-dokumen rasmi yang diperoleh di

Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Selangor Annual Report, Perak Annual Report,

Negeri Sembilan Annual Report, Pahang Annual Report, Annual Report of Federated Malay States dan

Colonial Reports on the Social and Economic Progress of the People of the Federated Malay States.

Dapatan kajian menunjukkan pada peringkat awal perkembangan industri getah adalah maju dan pesat

dengan galakan daripada pihak kerajaan kolonial British yang telah mendorong kepada perkembangan

prasarana seperti jaringan jalan perhubungan, pengangkutan, perkhidmatan telefon, perkembangan

pelabuhan, kemunculan intitusi kewangan, dan sistem perbankan. Getah mendapat permintaan yang

tinggi berikutan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 dan kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada tahun

1929 telah menyebabkan harga getah jatuh mendadak dan tidak konsisten. Sekali gus, hasil

pengeluaran getah juga turut terjejas. Rancangan Sekatan Stevenson yang diperkenalkan oleh pihak

British pada tahun 1922 tidak dapat meningkatkan semula harga getah malah hanya dapat mengawal

pengeluaran getah di pasaran. Dengan itu, pihak British telah memperkenalkan Peraturan Getah

Antarabangsa pada tahun 1934 dan usaha ini telah berjaya mengatasi masalah ketidakstabilan hasil

pengeluaran getah pada harga pasaran di NNMB. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa

ketidakstabilan harga getah adalah lebih dominan dan dipengaruhi oleh masalah ekonomi yang berlaku

di negara Eropah dan Amerika Syarikat. Implikasi kajian menunjukkan bahawa ketidakstabilan harga

pasaran getah tidak menjejaskan permintaan terhadap kepentingan getah yang menjadi

komoditi utama di NNMB.