Hubungan persekitaran keluarga dengan tingkah laku ponteng murid berkeperluan Pendidikan Khas masalah pembelajaran (MBPKMP)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan persekitaran keluarga dengan tingkah

laku ponteng murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran

(MBPKMP). Teori Maslow (Humanistik) dan Teori Bronfenbrenner (ek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tree Nurhayaty Masrukin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7481
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan persekitaran keluarga dengan tingkah

laku ponteng murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran

(MBPKMP). Teori Maslow (Humanistik) dan Teori Bronfenbrenner (ekologi)

digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan konsep persekitaraan keluarga yang

merangkumi aspek pendapatan keluarga, aksesibiliti dan sosialisasi keluarga. Kaedah

tinjauan digunakan sebagai reka bentuk kajian. Kajian ini dijalankan di 16 buah

sekolah rendah PPKI daripada dua daerah di Negeri Selangor. Populasi kajian terdiri

daripada 143 pelajar MBPKMP dan sampel seramai 103 pelajar telah dipilih secara

rawak. Salah seorang ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kajian ini telah juga dipilih

sebagai responden. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang telah disahkan

oleh enam orang pakar bidang. Kebolehpercayaan instrumen telah diukur

menggunakan pekali Cronbach Alpha, iaitu = 0.94. Statistik deskriptif dan inferens

seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, dan korelasi Pearson telah

digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati hubungan yang

signifikan tetapi lemah dan sonsang di antara pendapatan keluarga dengan tingkah

laku ponteng (r= -0.23; p<0.05). Hasil analisis korelasi juga menunjukkan hubungan

yang signifikan tetapi lemah dan sonsang di antara aksesibiliti dengan tingkah laku

ponteng (r= -0.21; p<0.05). Begitu juga dengan sosialisasi, didapati hubungan yang

signifikan sederhana kuat tetapi sonsang di antara sosialisasi dengan tingkah laku

ponteng (r= -0.37; p<0.05). Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan

persekitaran keluarga mempunyai hubungan yang sonsang dengan tingkah laku

ponteng dalam kalangan pelajar MBPKMP di negeri Selangor. Dengan kata lain,

persekitaran keluarga yang positif akan mengurangkan tingkah laku ponteng.

Implikasi kajian menunjukkan dapatan kajian ini penting di mana pihak ibu bapa

perlu meningkatkan persekitaran keluarga yang sihat dan positif untuk mengurangkan

tingkah laku ponteng dalam kalangan anak mereka yang mempunyai masalah

pembelajaran.