Sejarah pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak, 1900-1941

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejarah pendidikan vernakular Cina pada zaman

kolonial British di negeri Perak dari tahun 1900 sehingga 1941. Kajian ini merupakan

kajian sejarah yang dilaksanakan dengan mengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Phun, Lee Lee
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7483
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejarah pendidikan vernakular Cina pada zaman

kolonial British di negeri Perak dari tahun 1900 sehingga 1941. Kajian ini merupakan

kajian sejarah yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui

kaedah analisis dokumen dan manuskrip. Sumber primer dan sekunder digunakan secara

ekstensif. Antara sumber primer yang digunakan termasuklah rekod dan fail-fail kolonial

British, Laporan Tahunan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Perak Gazette, fail-fail

Pejabat Tanah Jajahan British, laporan tahunan dan fail-fail kerajaan kolonial British di

Perak. Penggunaan sumber sekunder turut menguatkan hujah yang disampaikan dalam

kajian ini termasuklah dalam bentuk buku, artikel, kertas kerja seminar, tesis, koleksi

keratan akhbar dan majalah sekolah-sekolah Cina di negeri Perak. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa kerajaan kolonial British telah menarik ramai kemasukan orang

Cina ke negeri Perak terlibat dalam kegiatan dan aktiviti perlombongan. Fokus dan

perbincangan ditumpukan kepada sejarah latar belakang masyarakat Cina di negeri Perak

dan pembangunan pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak.

Kajian ini juga menunjukkan kerajaan kolonial British melaksanakan dasar campur tangan

terhadap pendidikan vernakular Cina zaman kolonial British di negeri Perak dengan

melaksanakan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920. Secara kesimpulannya, kajian ini

menunjukkan bahawa orang-orang Cina di bawah pentadbiran kolonial British bergiat

aktif dalam memperjuangkan pendidikan vernakular Cina zaman sehingga tahun 1941.

Implikasi kajian amat penting dalam membuktikan bahawa penglibatan komuniti Cina di

negeri Perak telah memberi sumbangan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran

pendidikan vernakular Cina walaupun tanpa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan

kolonial British di negeri Perak pada era kolonial tersebut.