Pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan enam bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama Perak

Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap

pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di daerah Larut Matang

dan Selama (LMS), Perak. Kajian kuantitatif ini melib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kho, Ai Peng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7513
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap

pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di daerah Larut Matang

dan Selama (LMS), Perak. Kajian kuantitatif ini melibatkan 291 orang responden yang

terdiri daripada pelajar menengah dari lapan buah sekolah di daerah LMS yang dipilih

secara rawak. Instrumen Multiple Intelligences Test yang dibangunkan oleh Gardner

berasaskan teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner (1983) digunakan dalam kajian

untuk menentukan pengaruh lapan domain kecerdasan pelbagai terhadap pelajar

tingkatan enam dalam pencapaian akademik subjek Pengajian Perniagaan. Data

dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens iaitu Ujian T, ANOVA

sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Ujian T untuk menentukan

perbezaan berdasarkan pengalaman pembelajaran subjek perdagangan menunjukkan

hanya domain kecerdasan Linguistik F(1, 291)=9.586, p=0.006, logikal matematik

F(2,291)=3.045, p=0.082, muzik F(1,290)=0.013, p=0.908 dan interpersonal

F(1,291)=0.404, p=0.525 signifikan terhadap pencapaian akademik (p<0.05). Manakala

ujian ANOVA sehala yang dijalankan untuk melihat sebab pelajar mengambil subjek

Pengajian Perniagaan sama ada minat, tiada pilihan atau dipaksa menunjukkan domain

linguistik F=5.289,p=0.006, interpersonal F=4.419, p=0.017 dan muzik

F=6.101,p=0.003 perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik subjek

Pengajian Perniagaan (p<0.05). Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan domain

kecerdasan linguistik r=.362, logikal matematik (r=-.270), muzik (r=0.180), spatial

(r=0.47) dan interpersonal (r= 0.567) menunjukkan hubungan signifikan terhadap

pencapaian akademik (p<0.05). Kajian ini memberi maklumat penting bahawa domain

kecerdasan pelbagai seharusnya diberi perhatian dalam persediaan pembelajaran dan

pengajaran bagi membantu meningkatkan pencapaian subjek Pengajian Perniagaan.

Analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa domain kecerdasan linguistik (B=0.000,

p=0.020), logikal matematik (B=-.003,p=0.002,) spatial (B=.002, p=0.042) dan

interpersonal (B=.006, p=0.001) mempunyai pengaruh dalam menyumbang adjusted R2

18.3% terhadap pencapaian akademik subjek Pengajian Perniagaan. Kesimpulannya,

domain kecerdasan pelbagai memberi impak positif dalam kalangan pelajar dari segi

motivasi dan mengenalpasti kekuatan diri sendiri, memperkembangkan potensi diri,

berfikir secara kreatif dan kritis serta membantu pencapaian akademik yang cemerlang.