Pembinaan dan penilaian modul bacaan QR Barcode dalam meningkatkan kemahiran membaca dengan sebutan betul Bahasa Tamil

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru dan menganalisis tahap

pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap modul bacaan; membentuk dan

membangunkan modul bacaan QR Barcode serta menilai keberkes...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Veeraratchagi Rajigez
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7524
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru dan menganalisis tahap

pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap modul bacaan; membentuk dan

membangunkan modul bacaan QR Barcode serta menilai keberkesanan penggunaan

modul bacaan QR Barcode dalam kalangan murid Tahun Tiga di SJK(T). Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan Model ADDIE dan Model Kurikulum TABA. Reka

bentuk kajian ini ialah kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Kajian ini dijalankan dalam kalangan lapan orang guru Bahasa Tamil dan 84 orang

pelajar Tahun Tiga di SJK(T). Data temu bual dan pemerhatian dianalisis secara

kualitatif dan data soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Dapatan analisis keperluan

menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan bahawa Modul QR Barcode

diperlukan dalam meningkatkan kemahiran membaca dengan sebutan betul Bahasa

Tamil. Sebanyak 15 unit bahan bacaan berasaskan Modul Bacaan QR Barcode

dibangunkan berdasarkan kaedah Fuzzy Delphi. Keberkesanan modul ini dinilai

dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan.

Nilai skor min antara ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan

menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 5.80 skor min, manakala kumpulan

kawalan mencatatkan peningkatan lebih rendah, iaitu nilai skor min 0.36 sahaja.

Kesimpulannya, pembangunan Modul QR Barcode didapati dapat meningkatkan

kemahiran membaca dengan sebutan betul dalam kalangan pelajar di SJK(T).

Implikasinya, Modul QR Barcode akan menjadi alat bantu mengajar yang berkesan

kepada guru dan panduan membaca kepada pelajar-pelajar Tahun Tiga dalam

meningkatkan kemahiran membaca dengan sebutan betul Bahasa Tamil di SJK(T).