Pengaruh pengetahuan, sikap dan pengalaman terhadap kemahiran mengurus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru novis bukan opsyen

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh pengetahuan mengurus,

sikap dalam mengurus dan pengalaman terhadap kemahiran mengurus mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan guru novis bukan opsyen Baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ding, Yim Shih
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7621
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh pengetahuan mengurus,

sikap dalam mengurus dan pengalaman terhadap kemahiran mengurus mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan guru novis bukan opsyen Bahasa Melayu. Pendekatan

kajian ialah kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan untuk menjawab tujuh

persoalan kajian dan tiga hipotesis. Sampel kajian ialah 80 orang guru novis yang

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dari 35 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

(SJKC) daerah Kinta Utara, Ipoh, Perak yang dipilih menggunakan teknik

pensampelan rawak mudah. Satu set instrumen digunakan untuk menentukan

pengaruh pengetahuan mengurus, sikap dalam mengurus dan pengalaman terhadap

kemahiran mengurus mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru novis

bukan opsyen Bahasa Melayu. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif,

ANOVA satu hala, kolerasi Pearson dan regresi linear. Secara keseluruhannya, guru

novis bukan opsyen Bahasa Melayu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dengan

skor min 3.21 (sp=0.37) dalam pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap

kemahiran mengurus mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman

mengajar dalam kalangan guru novis bukan opsyen Bahasa Melayu. Analisis Kolerasi

Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan mengurus

(r=0.75) dan sikap dalam mengurus (r=0.79) dengan kemahiran mengurus mata

pelajaran Bahasa Melayu. Analisis regresi linear menunjukkan pengetahuan mengurus

(=0.33, t=3.32, p=0.00) dan sikap dalam mengurus (=0.5, t=5.46, p=0.00) yang

menyumbang secara signifikan kepada kemahiran mengurus mata pelajaran Bahasa

Melayu. Kesimpulannya, pengetahuan mengurus dan sikap dalam mengurus penting

dalam pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian yang

lebih komprehensif perlu dilaksanakan dengan melibatkan semua guru opsyen dan

bukan opsyen Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan bagi

mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pengaruh pengetahuan mengurus dan

sikap dalam mengurus dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu.