Kesan pengajaran menggunakan strategi model peringkat kefahaman numerasi terhadap pencapaian dan sikap murid tingkatan 2 dalam penyelesaian masalah Matematik berayat

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran menggunakan Strategi Model

Peringkat Kefahaman Numerasi (SMPKN) terhadap pencapaian dan sikap murid

Tingkatan 2 dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norshafikah Mustapha Kamal
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7671
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran menggunakan Strategi Model

Peringkat Kefahaman Numerasi (SMPKN) terhadap pencapaian dan sikap murid

Tingkatan 2 dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kajian ini merupakan

kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Sampel kajian terdiri

daripada dua buah kelas berjumlah 66 murid Tingkatan 2 yang dipilih secara rawak

kelompok daripada sebuah sekolah di daerah Larut, Taiping. Seramai 33 orang murid

sebagai kumpulan eksperimen menjalani pengajaran menggunakan SMPKN manakala

seramai 33 orang murid sebagai kumpulan kawalan menjalani pengajaran

menggunakan Strategi Pengajaran Konvensional (SPKON). Dua jenis instrumen

digunakan bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra dan Pasca Penyelesaian Masalah

Matematik Berayat dan Soal Selidik Sikap terhadap Penyelesaian Masalah Matematik

Berayat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai,

disusuli dengan analisis statistik inferensi menggunakan Analisis Kovarian. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa apabila pra ujian pencapaian dijadikan kovariat, didapati

terdapat perbezaan yang signifikan [F(1,63) = 584.858, p .05] bagi min markah

pasca ujian di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Seterusnya,

apabila skor soal selidik pra sikap terhadap penyelesaian masalah matematik berayat

dijadikan kovariat [F(1, 63) = 0.039, p .05], didapati tidak terdapat perbezaan

signifikan bagi kedua-dua min skor soal selidik pasca tersebut di antara kedua-dua

kumpulan. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan dari segi min markah sikap

terhadap penyelesaian masalah matematik berayat murid kumpulan eksperimen dalam

pra-pasca ujian. Kesimpulannya, SMPKN dapat meningkatkan pencapaian murid

dalam penyelesaian masalah matematik berayat tetapi SMPKN ini kurang memberi

impak kepada sikap terhadap penyelesaian masalah matematik berayat kerana domain

afektif mengambil tempoh yang lebih lama untuk menunjukkan kesan terhadap

intervensi tersebut. Implikasinya, SMPKN merupakan satu strategi alternatif yang

perlu dijadikan amalan dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik berayat

agar pencapaian domain kognitif dan afektif dapat dicapai.