Hubungan antara dimensi-dimensi iklim sekolah dengan prestasi guru sekolah rendah di negeri Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara dimensi-dimensi iklim sekolah

yang terdiri daripada kolaborasi, hubungan murid, sumber kelengkapan sekolah,

membuat keputusan dan inovasi pengajaran dengan prest...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syaima Salleh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7675
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara dimensi-dimensi iklim sekolah

yang terdiri daripada kolaborasi, hubungan murid, sumber kelengkapan sekolah,

membuat keputusan dan inovasi pengajaran dengan prestasi guru sekolah rendah di

negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Dimensi-dimensi iklim

sekolah yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Model Skala Persekitaran

Tempat Kerja oleh Rudolf Moos. Seramai 381 guru sekolah rendah dipilih secara rawak

berstrata daripada 34,784 orang populasi guru sekolah rendah di Selangor berdasarkan

jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan. Strata kajian berdasarkan lokasi sekolah

mengikut daerah. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik School Level

Environment Questionnaire (SLEQ) yang diadaptasi daripada Johnson, Stevens dan

Zvoch. Markah prestasi guru pula diukur melalui markah Penilaian Bersepadu Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju

bahawa mereka menjalankan kolaborasi (M = 4.00; SP = 0.64), mempunyai hubungan

yang baik dengan murid (M=3.73; SP=0.66), dan mengaplikasi inovasi pengajaran (M

= 3.77, SP = 0.60). Responden agak bersetuju terhadap sumber kelengkapan sekolah

yang mencukupi (M = 3.23, SP = 0.81) dan berperanan dalam buat keputusan (M =

3.34, SP = 0.89). Secara umumnya, purata markah prestasi guru yang terlibat dalam

kajian ini adalah cemerlang (M = 91.37; SP = 5.22). Dalam konteks regresi pula,

didapati pengaruh yang paling kuat terhadap prestasi guru adalah dimensi membuat

keputusan ( = 0.34 ; p<0.05), manakala regresi yang paling lemah adalah dimensi

inovasi pengajaran ( = -0.28; p>0.05). Faktor-faktor lain seperti kolaborasi, hubungan

murid, sumber kelengkapan sekolah, dan inovasi pengajaran tidak mempunyai

pengaruh yang signifikan terhadap prestasi guru. Kajian ini turut menunjukkan iklim

sekolah hanya menyumbang sebanyak 2% (R2=0.02) terhadap prestasi guru sekolah

rendah negeri Selangor. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa dimensi iklim

sekolah terutamanya daripada aspek sumber kelengkapan sekolah di negeri Selangor

masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun prestasi guru sekolah rendah

adalah sangat baik. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pihak sekolah perlu

memfokus kepada sumber dan kelengkapan sekolah serta memberi lebih banyak

peluang kepada guru untuk membuat keputusan dalam aspek yang kritikal untuk

menambahbaik iklim sekolah.