Kesan interaksi tahap realistik dan ekspresi wajah positif animasi Talking-Head terhadap emosi pelajar

Kajian ini ialah bertujuan untuk menganalisis kesan interaksi tahap realistik karakter

animasi talking-head dua dimensi (2D) dengan ekspresi wajah positif terhadap emosi

pelajar. Tiga tahap realistik yang digunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Ihsan Rokeman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7679
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini ialah bertujuan untuk menganalisis kesan interaksi tahap realistik karakter

animasi talking-head dua dimensi (2D) dengan ekspresi wajah positif terhadap emosi

pelajar. Tiga tahap realistik yang digunakan ialah ikonik, semi-ikonik dan realistik.

Manakala, dua ekspresi wajah positif yang digunakan ialah ekspresi senyum dan

ekspresi neutral bagi setiap tahap realistik. Secara terperinci, enam prototaip animasi

talking-head bagi paparan di skrin besar telah dibangunkan dan diuji. Reka bentuk

eksperimen kuasi digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina.

Sampel kajian terdiri daripada 180 orang pelajar dari enam kelas di tiga buah politeknik.

Setiap pengkuliahan dengan animasi 2D talking-head telah ditonton dan dinilai oleh 30

orang pelajar dalam setiap kelas. Data yang diperoleh telah dianalisis secara statistik

dengan menggunakan two way repeated measures ANOVA serta prosedur analisis

regresi berdasarkan model Baron dan Kenny. Dapatan analisis menunjukkan tidak

wujud sebarang kesan interaksi yang signifikan antara ekspresi wajah dan tahap

realistik karakter terhadap keseronokan pelajar akibat faktor reka bentuk karakter [F

(2,58) = 3.05, p > 0.05]. Namun, terdapat kesan interaksi yang signifikan terhadap

emosi dalam pembelajaran secara keseluruhan [F (2,58) = 5.13, p < 0.05]. Seterusnya,

keseronokan pelajar akibat reka bentuk karakter talking-head tidak mempunyai

sebarang kesan perantara yang signifikan bagi hubungan antara tahap realistik dan

emosi dalam pembelajaran. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa talking-head

2D dengan ekspresi senyum, walaupun dengan pelbagai reka bentuk tahap realistik

ialah lebih berkesan berbanding ekspresi neutral. Sehubungan dengan itu, kajian ini

mengesyorkan reka bentuk dengan ekspresi senyum perlu dijadikan sebagai pilihan

reka bentuk karakter. Implikasi dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan reka

bentuk animasi talking-head, terutamanya untuk tujuan pengkuliahan secara paparan

di skrin besar.