Pemupukan kemahiran sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan di tadika swasta

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran mengenai kemahiran

sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan. Kajian dijalankan

menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Affiza Mohammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7692
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran mengenai kemahiran

sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan. Kajian dijalankan

menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian

terdiri dari enam orang kanakkanak iaitu empat orang kanak-kanak lelaki dan dua

orang kanakkanak perempuan berusia 5 tahun, serta tiga orang guru tadika dari tiga

buah tadika swasta berbeza di Melaka. Aktiviti main peranan telah dijalankan

menggunakan tema hospital, restoran dan kedai runcit. Kaedah kajian yang digunakan

di dalam kajian ini adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen melalui rekod

Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Instrumen kajian yang digunakan ialah borang

senarai semak untuk mengenal pasti kemahiran sosioemosi kanakkanak sebelum dan

selepas pelaksanaan aktiviti main peranan. Soalan temu bual separa berstruktur turut

digunakan untuk mendapatkan pandangan dan meneroka pengetahuan guru mengenai

kepentingan kemahiran sosioemosi kanakkanak serta aktiviti main peranan. Kaedah

analisis bertema telah diadaptasi. Dapatan kajian menunjukkan sebelum aktiviti main

peranan kanakkanak berada dalam keadaan belum menguasai kemahiran sosioemosi

positif, namun selepas aktiviti main peranan, kanakkanak menguasai kemahiran

sosioemosi positif. Kajian juga mendapati bahawa guru kurang pengetahuan mengenai

kepentingan aktiviti main peranan di tadika meskipun mereka boleh merancang dan

melaksanakan aktiviti main peranan. Guru juga didapati kurang pengetahuan mengenai

kemahiran sosioemosi kanakkanak meski pun mereka menyedari perubahan

sosioemosi yang berlaku. Kesimpulannya, kemahiran sosioemosi kanak-kanak dapat

dirangsang ke arah yang positif melalui aktiviti main peranan. Implikasi dari kajian ini

boleh dijadikan asas kepada penilaian semula aspek pemantauan, latihan dan

pengukuhan yang perlu diberikan kepada guru tadika swasta bagi memperbaiki kualiti

pendidikan prasekolah di Malaysia.