Pembinaan dan pengesahan instrumen persekitaran fizikal bilik darjah sekolah menengah di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) untuk digunakan di sekolah menengah di Malaysia. Pendekatan kuantitatif digunakan dan seramai 900 orang murid tingkatan empat terlibat dalam pembinaan dan pengesahan instrumen manakala 400 orang mu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Jannah Amirul
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=784
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) untuk digunakan di sekolah menengah di Malaysia. Pendekatan kuantitatif digunakan dan seramai 900 orang murid tingkatan empat terlibat dalam pembinaan dan pengesahan instrumen manakala 400 orang murid terlibat dalam penilaian persekitaran fizikal bilik darjah. Kajian ini juga menilai persekitaran fizikal dalam bilik darjah menggunakan IPFBD yang telah dibina. IPFBD yang dibina terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu (i), mengukur kesesuaian persekitaran fizikal bilik darjah (enam konstruk) dan (ii), mengukur kesan persekitaran fizikal bilik darjah kepada murid (tiga konstruk). Dapatan kajian menunjukkan IPFBD yang dibina mempunyai kesahan konstruk yang tinggi dengan nilai muatan faktor dari julat 0.43 hingga 0.96 bagi setiap item. IPFBD turut mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dari julat 0.83 hingga 0.98 bagi keseluruhan sembilan konstruk yang dibina. Penilaian ke atas persekitaran fizikal bilik darjah yang dijalankan menunjukkan bahawa murid-murid berpendapat tahap kesesuaian persekitaran fizikal bilik darjah sedia ada adalah pada tahap tinggi bagi aspek perabot, kemudahan, dan pencahayaan manakala tahap sederhana bagi aspek udara dalaman, ruang, dan warna. Kesan persekitaran fizikal bilik darjah kepada murid-murid adalah pada tahap sederhana dari aspek kesihatan, keseronokan, dan pembelajaran. Kesimpulannya, instrumen yang dibina adalah sah dan boleh dipercayai. Kajian ini memberi implikasi bahawa IPFBD boleh digunakan sebagai satu instrumen untuk menilai persekitaran fizikal bilik darjah di sekolah menengah di Malaysia.