Kesan penggunaan buku bersiri Luqman al-Hakim terhadap perlakuan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Najiyah Ghazali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=819
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitatif dianalisis secara manual iaitu melalui peringkat transkripsi, pengekodan serta pembentukan kategori tema. Seramai lima orang kanak-kanak dipilih bagi proses pemerhatian dan temu bual dengan ibu dan guru. Dapatan data kuantitatif menunjukkan terdapat perbezaan min antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi perlakuan nilai bersyukur (p