Pelaksanaan solat bagi murid-murid bermasalah pembelajaran (IR)

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arnie Adnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=837
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran adalah, pertama gugur bagi terencat akal teruk, kedua memiliki sebahagian kelayakan melaksana bagi yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal dan ketiga memiliki kelayakan melaksana sempurna bagi yang memiliki akal normal tetapi bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat. Tatacara solat murid bermasalah pembelajaran menekankan aspek rukhsah dan tahap kemampuan murid. Kajian turut mencadangkan aspek pengajaran bacaan mudah dalam solat. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran adalah berdasarkan tahap akal dan kemampuan. Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan tentang tuntutan dan aspek kemampuan serta pelaksanaan Program j-QAF boleh membantu meningkatkan penguasaan solat murid.