Pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak (IR)

Kajian ini berhasrat untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak. Borang tinjauan soal selidik telah dibina berasaskan kepada Standards Guru Malaysia. Sejumlah 162 responden telah dip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Eryzal Jumaidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=841
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berhasrat untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak. Borang tinjauan soal selidik telah dibina berasaskan kepada Standards Guru Malaysia. Sejumlah 162 responden telah dipilih secara persampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, min, sisihan piawai, ujian-t dan Anova. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar tidak berbeza secara signifikan berdasarkan faktor jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan subjek mengajar. Kesimpulan kajian adalah tenaga pengajar memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Standards Guru Malaysia. Kajian ini juga memberi implikasi bahawa tenaga pengajar tanpa mengira latar belakang demografi bersedia mengikuti kursus yang dapat meningkatkan kompetensi dan professionalisme mereka.