Potensi dan peluang strategik pendedahan hipoksia dan pendekatan kaedah latihan alternatif pada altitud sederhana di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti lokasi strategik tempatan yang berpotensi dijadikan pusat latihan altitud sederhana sebagai latihan alternatif kepada atlet-atlet tempatan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hematologi, daya tahan kar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asna Mahmud
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=844
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti lokasi strategik tempatan yang berpotensi dijadikan pusat latihan altitud sederhana sebagai latihan alternatif kepada atlet-atlet tempatan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hematologi, daya tahan kardiovaskular dan prestasi fizikal atlet melalui tiga fasa kajian. Fasa I mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hemoglobin (Hb) dan sel darah merah (SDM). Fasa II mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas penggunaan oksigen maksimum(VO max) dan prestasi atlet melalui aplikasi kaedah latihan khusus dan Fasa III melihat perbandingan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tinggi dan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan rendah. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah eksperimental benar yang menggunakan ujian pra-pasca dan ujian-pasca. Sampel kajian melibatkan atlet sukan rekreasi dan penduduk tempatan. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA-sehala dengan pengukuran berulangan, ujian-t sampel bersandar dan ujian-t sampel tak bersandar. Hasil kajian Fasa I, menunjukkan min skor ujian profil parameter Hb bagi kumpulan atlet adalah tidak signifikan secara keseluruhan antara ujian pra, ujian hari ke-12 dan ujian hari ke-21 aklimatisasi altitud. Manakala kumpulan bukan atlet didapati signifikan secara keseluruhan antara ketiga-tiga ujian. Walau bagaimana pun, ujian profil parameter SDM bagi kedua-dua kumpulan atlet dan bukan atlet, masing-masing menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara keseluruhan. Keputusan kajian Fasa II juga, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peningkatan penggunaan oksigen maksimum(VO max) selepas menggunakan kaedah LHTL selama 21 hari, manakala keputusan ujian masa 1500 m dan 800 m di antara kedua-dua kumpulan menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dari segi catatan masa. Hasil dapatan kajian Fasa III menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecergasan dan daya tahan kardiovaskular penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tinggi, dibanding penduduk tempatan yang tinggal di kawasan rendah. Kesimpulannya, lokasi sasaran dalam kajian ini didapati berpotensi tinggi dan boleh memberi manfaat kepada atlet serta sesuai dijadikan sebagai pusat latihan alternatif untuk tujuan pendedahan hipoksia dan proses aklimatisasi altitud.