Pengaruh faktor kejayaan kritikal (CSF) amalan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan di masjid-masjid daerah Petaling, Selangor

Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap

faktor kejayaan kritikal amalan keusahawanan dalam kalangan usahawan yang

menjalankan perniagaan di masjid-masjid Daerah Petaling, S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Aini Ilmiah Munzir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8445
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu mengenal pasti tahap

faktor kejayaan kritikal amalan keusahawanan dalam kalangan usahawan yang

menjalankan perniagaan di masjid-masjid Daerah Petaling, Selangor, menentukan

hubungan antara setiap faktor kejayaan kritikal amalan keusahawanan dengan prestasi

perniagaan usahawan di masjid-masjid Daerah Petaling, Selangor dan mengkaji faktor

kejayaan kritikal amalan keusahawanan yang mempengaruhi prestasi perniagaan

usahawan di masjid- masjid Daerah Petaling, Selangor. Reka bentuk penyelidikan

kuantitatif dipilih untuk menjawab tiga persoalan kajian dan 18 hipotesis kajian.

Pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dan pemilihan sampel

menggunakan pensampelan kebarangkalian iaitu pensampelan rawak mudah. Soal

selidik diedarkan kepada 70 buah perniagaan yang dipilih sebagai sampel daripada 86

buah perniagaan. Analisis deskriptif menunjukkan nilai min dan sisihan piawai yang

berada pada tahap tinggi adalah pada faktor kerja berpasukan iaitu memperoleh nilai

min 4.267. Dapatan korelasi pula menunjukkan faktor pengurusan pemasaran,

perancangan strategik, kemahiran ICT, jaringan, komunikasi, latihan dan pendidikan

serta orientasi keusahawanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi

perniagaan manakala faktor pengurusan kewangan dan kerja berpasukan menunjukkan

hubungan signifikan yang sangat lemah. Dapatan analisis regresi berganda pula

memaparkan tiga faktor kejayaan kritikal yang mempengaruhi prestasi perniagaan iaitu

faktor perancangan strategik ( = .545, p = .000 < .050), latihan dan pendidikan ( =

.253, p = .004 < .050) dan orientasi keusahawanan ( = .235, p = .030 < .050).

Kesimpulan daripada kajian menunjukkan tujuh faktor kejayaan kritikal mempunyai

hubungan dengan prestasi perniagaan namun hanya tiga faktor kejayaan kritikal sahaja

yang mempengaruhi prestasi perniagaan usahawan secara langsung. Implikasi kajian

memaparkan beberapa cadangan yang memberi kepentingan kepada pihak tertentu

terutama pihak pengurusan masjid yang perlu memperkasakan aktiviti perniagaan

dengan lebih aktif melalui peluang perniagaan yang dibuka kepada individu atau

masyarakat.