Kaedah Outbound Nature dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak di Lombok Timur Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk meneroka aktiviti pembelajaran Sains Awal, meneroka pengurusan

pembelajaran, dan meneroka penggunaan bahan pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran

Sains Awal dengan kaedah Outbound Nature...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maulidian, Muslihatun
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8446
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka aktiviti pembelajaran Sains Awal, meneroka pengurusan

pembelajaran, dan meneroka penggunaan bahan pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran

Sains Awal dengan kaedah Outbound Nature. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang

menggunakan reka bentuk kajian kes eksploratori di Lombok Timur, Indonesia. Peserta kajian

seramai enam orang guru dari tiga sekolah tadika yang berbeza dan dipilih menggunakan teknik

persampelan bertujuan. Dapatan data kajian diperoleh menerusi hasil triangulasi data iaitu

temubual berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Instumen yang digunakan dalam

kajian ini ialah borang temubual, senarai semak dan borang penilaian pakar. Analisis data

menggunakan analisis bertema yang dilakukan secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa aktiviti pembelajaran Sains Awal dengan kaedah Outbound Nature adalah berasaskan

pembelajaran aktif dan pembelajaran saintifik, dimana pengurusan pembelajaran yang

dilaksanakan oleh guru terdiri dari perancangan pembelajaran berkesan, pengalaman sebenar

dan, pembelajaran bermakna. Seterusnya penggunaan bahan pembelajaran yang digunakan

oleh guru ialah berdasarkan kriteria bahan maujud, selamat untuk kanak-kanak dan

memberikan informasi pembelajaran. Kajian ini menunjukkan bahawa topik yang menjadi

fokus pembelajaran dan mudah difahami oleh guru ialah aspek tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Namun begitu terdapat kekangan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan aktiviti ini,

antaranya ialah penguasaan ilmu atau pengetahuan mengenai Sains alam sekitar.

Kesimpulannya ialah kajian ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik oleh guru dalam

meneroka dan memahami pembelajaran Sains Awal kanak-kanak menggunakan kaedah

Outbound Nature. Implikasi kajian ini adalah kaedah Outbound Nature dalam pembelajaran

Sains Awal kanak-kanak sangat sesuai dijadikan modul pembelajaran bagi topik alam sekitar

dalam kurikulum PAUD 2013 mengingat ketiadaan modul yang jelas mengenai topik Sains

Awal kanakk-kanak didalam kurikulum. Seterrusnya kajian ini juga berguna dalam keperluan

latihan pembelajaran bagi guru tadika untuk lebih memahami Sains alam sekitar.