Kesan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message untuk pembelajaran berasaskan simulasi terhadap pencapaian dan bebanan kognitif (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan simulasi dengan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message (MIM) terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap gaya pembelajaran visual. Penilaian dilakukan melalui ujian pos, soal-...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Syahrizad Elias
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=847
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan simulasi dengan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message (MIM) terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap gaya pembelajaran visual. Penilaian dilakukan melalui ujian pos, soal-selidik gaya pembelajaran Felder-Silverman dan ujian bebanan kognitif NASA TLX. Manakala, tiga strategi MIM ialah imej statik bercetak (ISB), imej statik paparan komputer (ISD) dan imej dinamik dalam bentuk animasi (IDA). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif dengan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan regresi digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Seramai 293 orang pelajar semester 3 kursus Diploma Teknologi Komputer dan kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari tiga buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dari segi prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap kecenderungan gaya pembelajaran visual terhadap pelbagai strategi MIM. Namun, kajian ini mendapati bebanan kognitif tidak mempunyai hubungan sebagai mediator yang signifikan dalam menentukan pencapaian pelajar yang menerima pelbagai strategi MIM. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan strategi ISB didapati mampu meningkatan prestasi pembelajaran berasaskan simulasi, terutamanya bagi kandungan berbentuk abstrak bagi pelajar novis dan pelajar berpengetahuan serta pelajar gaya pembelajaran visual sederhana dan gaya pembelajaran visual tinggi. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan strategi ISB sesuai digunakan dalam merancang strategi MIM bagi pembelajaran berasaskan simulasi.