Analisis sikap terhadap Matematik dan tingkah laku semasa menyelesaikan masalah Matematik mengikut aliran dan jantina, dan hubungannya dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan empat

Kajian kuantitatif ini bertujuan menganalisis perbezaan sikap terhadap matematik dan

tingkah laku semasa menyelesaikan masalah matematik mengikut jantina dan aliran

serta menentukan hubungan antara sikap terhadap ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fauziah Hanim Abdul Ghafar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8474
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian kuantitatif ini bertujuan menganalisis perbezaan sikap terhadap matematik dan

tingkah laku semasa menyelesaikan masalah matematik mengikut jantina dan aliran

serta menentukan hubungan antara sikap terhadap matematik dan tingkah laku semasa

menyelesaikan masalah matematik dengan pencapaian matematik murid tingkatan

empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan korelasi. Seramai 350 orang

murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Selangor,

Selangor dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata terlibat dalam kajian

ini. Data dikumpul menggunakan Soal Selidik Sikap Terhadap Matematik, Soal Selidik

Tingkah Laku semasa Menyelesaikan Masalah Matematik dan Ujian Pencapaian

Matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan

piawai dan statistik inferensi iaitu Analisis Varians Dua Hala dan Korelasi Pearson.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min sikap

terhadap matematik antara jantina (F(1, 346)=5.60, p<.05) dengan murid perempuan

(min=124.87, s.p=11.13) mempunyai min sikap terhadap matematik yang lebih tinggi

berbanding murid lelaki (min=123.15, s.p.=10.57). Namun begitu, tiada perbezaan

yang signifikan min sikap terhadap matematik antara aliran sains dan bukan sains (F(1,

346)=0.10, p>.05). Dapatan juga menunjukkan, terdapat hubungan signifikan yang

positif dengan kekuatan sederhana antara sikap terhadap matematik dengan tingkah

laku semasa menyelesaikan masalah matematik (r=0.493). Terdapat juga hubungan

signifikan yang positif tetapi lemah antara pencapaian matematik dengan sikap

terhadap matematik (r=0.180) dan pencapaian matematik dengan tingkah laku semasa

menyelesaikan masalah matematik (r=0.224). Kesimpulan kajian ialah sikap terhadap

matematik adalah berbeza mengikut jantina dengan murid perempuan mempunyai

sikap terhadap matematik yang lebih positif tetapi murid dalam aliran sains dan bukan

sains tidak menunjukkan perbezaan terhadap sikap tersebut. Sikap terhadap matematik

dengan tingkah laku semasa menyelesaikan masalah matematik mempunyai hubungan

dengan kekuatan sederhana positif, namun kedua-dua pemboleh ubah ini mempunyai

kaitan positif lemah dengan pencapaian matematik. Implikasi kajian ialah murid lelaki

perlu diberi perhatian dalam meningkatkan sikap mereka terhadap matematik serta

mensinergikan murid perempuan untuk terus bersikap positif terhadap subjek

matematik. Di samping itu, sikap terhadap matematik dan tingkah laku semasa

menyelesaikan masalah matematik murid adalah pemboleh ubah domain afektif yang

wajar diberi penekanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik