Tahap kepuasan bekerja di kalangan guru KAFA Putrajaya

Pada pandangan masyarakat bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang amat

penting dalam masa depan hidup mereka. Para guru merupakan orang yang berperanan

dalam melahirkan murid yang berpengetahuan dan mempunyai...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8497 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Pada pandangan masyarakat bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang amat

penting dalam masa depan hidup mereka. Para guru merupakan orang yang berperanan

dalam melahirkan murid yang berpengetahuan dan mempunyai akhlak yang mulia.

Selain daripada itu juga tugas hakiki para guru adalah melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Namun sejak akhir akhir ini selain daripada tugas asas

mengajar guru-guru juga turut dibebani dengan tugasan luar. Hal ini kerana

perkembangan dunia pendidikan semasa juga telah mempengaruhi faktor kepuasan

kerja guru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang guru KAFA

Putrajaya serta mengkaji faktor-faktor kepuasan kerja guru dan diakhiri dengan

menganalisis tahap kepuasan kerja guru KAFA di Putrajaya. Kajian ini merupakan

penyelidikan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan

dianalisis menggunakan sistem SPSS . Dapatan kajian menunjukkan faktor kepuasan

kerja paling tinggi ialah bebanan tugas dengan nilai min=4.492. Manakala bidang tugas

dan peningkatan kerjaya juga berada pada tahap tinggi dengan masing-masing mencatat

skor min=4.301 dan min=4.206. Seterusnya suasana tempat kerja dan

penghargaan/pengiktirafan juga berada pada tahap tinggi dengan masing- masing

mencatat skor min min=4.063. dan min=3.920. Namun terdapat faktor kepuasan kerja

yang berada pada tahap sederhana iaitu faktor gaji dengan nilai skor min min=3.492.

Secara keseluruhan guru KAFA Putrajaya berpuas hati dari beban tugas, bidang tugas,

peningkatan kerjaya, penghargaan/pengiktirafan dan suasana tempat kerja. Sebaliknya

mereka kurang berpuas hati dari segi gaji yang diterima. Oleh itu kajian ini

mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil perhatian di dalam isu kebajikan

guru KAFA dengan mengekalkan kepuasan yang sedia ada dan mengambil tindakan

serta membuat penambahbaikan terhadap faktor yang kurang memberi kepuasan dari

masa ke semasa agar para guru di sekolah dapat mencapai kepuasan dalam bekerja

seterusnya menlonjakkan lagi prestasi dan kualiti kerja guru.