Pembangunan PhyKER Games bagi tajuk litar elektrik sekolah menengah dan kesannya ke atas motivasi dan pencapaian

Kajian ini bertujuan membangunkan permainan yang dinamai PhyKER Games bagi

tajuk Litar Elektrik untuk pelajar sekolah menengah dan menguji kesan

penggunaannya dalam pembelajaran ke atas pencapaian dan motivasi pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norfaridatul Akmar Hasim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8510
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan yang dinamai PhyKER Games bagi

tajuk Litar Elektrik untuk pelajar sekolah menengah dan menguji kesan

penggunaannya dalam pembelajaran ke atas pencapaian dan motivasi pelajar. Kajian

ini menggunakan reka bentuk Kajian Perekaan dan Pembangunan (DDR) termasuk

kuasi eksperimen bagi menentukan kesan penggunaan permainan tersebut. Fasa

pertama kajian iaitu analisis keperluan melibatkan keseluruhan populasi 504 pelajar di

sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 384 pelajar Tingkatan 5 memberi

respon yang mana 66.9% pelajar menyatakan tajuk Elektrik adalah tajuk yang paling

sukar manakala kaedah pembelajaran berasaskan permainan menjadi pilihan 62.2%

pelajar. Fasa kedua kajian iaitu reka bentuk dan pembangunan PhyKER Games

melibatkan seramai tiga orang pakar bagi mendapatkan kesahan kandungan. Dapatan

menunjukkan PhyKER Games mempunyai kesahan kandungan yang memuaskan

dengan nilai Indeks Kesahan Kandungan 0.95. Bagi menguji kebolehgunaan dan

kebolehlaksanaan PhyKER Games instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang

diadaptasi daripada instrumen sedia ada. Dapatan menunjukkan PhyKER Games

mempunyai kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan yang baik dengan peratus

persetujuan antara pengguna melebihi 75%. Bahagian terakhir kajian ialah fasa

penilaian kesan penggunaan PhyKER Games. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan antara pencapaian skor pelajar dalam kumpulan rawatan

(n=30, M = 66.58, SD = 11.587) melalui ujian-t sampel bebas dengan nilai t (58) = -

5.960, p = 0.000, dengan pelajar dalam kumpulan kawalan (n=30, M = 50.92, SD =

8.547). Analisis korelasi Pearson dengan nilai r=0.82 menunjukkan terdapat hubungan

yang kuat dan signifikan antara motivasi menggunakan PhyKER Games dengan skor

pencapaian pascaujian. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan sebuah

permainan pendidikan dalam tajuk Litar Elektrik yang berkesan dalam meningkatkan

pencapaian dan motivasi pelajar. Implikasinya, PhyKER Games boleh dijadikan

sebagai rujukan kepada guru sebagai contoh permainan yang berkesan dan oleh itu

boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran berasaskan permainan. Selain itu, PhyKER

Games boleh menjadi panduan bagi penyelidik dan guru bagi membangunkan

permainan serupa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.