Pengaruh kepimpinan distributif pengetua terhadap pembangunan kepimpinan guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif

pengetua, kepimpinan guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan

(SMK) di Selangor serta hubungan antara ketiga-tiga pembol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Lizana Kamaruzaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8511
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif

pengetua, kepimpinan guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah kebangsaan

(SMK) di Selangor serta hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah. Kajian ini turut

bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh amalan kepimpinan distributif pengetua

terhadap kepimpinan guru dan efikasi kendiri guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan

kaedah tinjauan. Instrumen kajian diadaptasi daripada instrumen Distributed

Leadership Inventory (DLI), Teacher Leadership Self-Assessment (TLSA), dan

Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES). Seramai 378 orang guru SMK di negeri

Selangor dipilih sebagai responden kajian menggunakan pensampelan rawak berstrata.

Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan distributif pengetua diamalkan pada tahap

tinggi (M=4.10, SP=0.23), manakala tahap amalan kepimpinan guru juga adalah tinggi

(M=4.03, SP=0.20). Analisis deskriptif turut mendapati efikasi kendiri guru berada

pada tahap tinggi (M=4.05, SP=0.18). Ujian korelasi Pearson mendapati hubungan

yang signifikan positif dan sederhana antara amalan kepimpinan distributif pengetua

dengan kepimpinan guru (r = .414, p < 0.05). Namun, analisis korelasi menunjukkan

hubungan signifikan positif yang lemah antara amalan kepimpinan distributif pengetua

dengan efikasi kendiri guru (r = .241, p < 0.05). Hubungan antara kepimpinan guru dan

efikasi kendiri guru pula didapati signifikan positif dan sederhana (r = .578, p < 0.05).

Analisis regresi mendapati bahawa ketiga-tiga dimensi dalam amalan kepimpinan

distributif pengetua iaitu kerjasama pasukan kepimpinan, penyeliaan, dan sokongan

menyumbang secara signifikan terhadap kepimpinan guru (Y = 2.935 + 0.138*X1 +

0.046*X2 + 0.011*X3). Namun, hanya dimensi penyeliaan dalam amalan kepimpinan

distributif pengetua yang menyumbang secara signifikan terhadap efikasi kendiri guru

(Y = 3.532 + 0.051*X1). Manakala, hanya empat dimensi kepimpinan guru iaitu amalan

pengajaran dan kepimpinan, menerajui perubahan, komunikasi, dan kepelbagaian

menyumbang secara signifikan kepada efikasi kendiri guru (Y = 2.549 + 0.397*X1 +

0.040*X2 + 0.009*X3 + 0.006*X4). Analisis kajian juga menunjukkan kepimpinan guru

berperanan sebagai mediator separa dalam hubungan antara kepimpinan distributif

pengetua dengan efikasi kendiri guru dengan nilai ab = 0.1899, CI (0.1410, 0.2434).

Kesimpulannya, kepimpinan distributif pengetua mempunyai pengaruh terhadap

pembangunan kepimpinan guru dan efikasi kendiri guru SMK di Selangor. Implikasi

kajian memberikan indikator bahawa kepimpinan distributif dan kepimpinan guru perlu

dijadikan budaya dan amalan serta dipertingkat dalam usaha untuk meningkatkan

efikasi kendiri guru.