Perlaksanaan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perlaksanaan Elemen Merentas Kurikulum

Keusahawanan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Kajian

ini memberi tumpuan terhadap aplikasi Buku Panduan Ele...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sumiyah Yahaya
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8515
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perlaksanaan Elemen Merentas Kurikulum

Keusahawanan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Kajian

ini memberi tumpuan terhadap aplikasi Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum

Keusahawanan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum pada tahun 2012. Kajian ini memfokuskan

kepada lima Elemen yang terkandung dalam Buku Panduan Elemen Merentas

Kurikulum Keusahawanan seperti yang disarankan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk

kajian kes ke atas sebuah sekolah kategori luar bandar. Peserta kajian terdiri daripada

30 orang murid dan 10 orang guru. Selain penerapan elemen merentas kurikulum

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peserta kajian turut terlibat dalam aktiviti

karnival keusahawanan di peringkat Daerah dengan membuat jualan karya seni yang

hasilkan. Instrumen temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini untuk

mendapatkan data. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah analisis

kandungan berdasarkan indikator yang ditetapkan dalam Buku Panduan Elemen

Merentas Kurikulum Keusahawanan. Dapatan menunjukkan hampir kesemua peserta

kajian mampu menguasai keseluruhan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan

yang disarankan. Berdasarkan analisis naratif terhadap perserta kajian menunjukkan

bahawa penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum Keusahawanan

berjaya memberi impak positif ke arah kemenjadian murid yang holistik. Kajian ini

mencadangkan agar penggunaan Buku Panduan Elemen Merentas Kurikulum

Keusahawanan diperluaskan penggunaannya, khususnya dalam kalangan guru untuk

dijadikan sebagai garis panduan dalam menyulam nilai keusahawanan agar aktiviti

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.