Kesan penggunaan strategi membuat inferens terhadap pencapaian, minat dan motivasi murid dalam pengajaran pemahaman bacaan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Strategi Membuat Inferens

terhadap pencapaian, minat dan motivasi membaca murid dalam mata pelajaran

Bahasa Cina. Kajian ini mengguna reka bentuk eksperimen k...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8516 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Strategi Membuat Inferens

terhadap pencapaian, minat dan motivasi membaca murid dalam mata pelajaran

Bahasa Cina. Kajian ini mengguna reka bentuk eksperimen kuasi. Subjek kajian terdiri

daripada 70 orang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tahun lima. Seramai

37 orang murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan strategi membuat

inferens dan 33 orang murid dalam kumpulan kawalan diajar menggunakan teknik

konvensional. Data kuantitatif dikumpul melalui pra-ujian, pasca-ujian dan soal selidik.

Data kualitatif dikumpul melalui temu bual untuk menyokong data-data kuantitatif.

Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pencapaian antara

kumpulan rawatan (M=57.84, SP=18.58) dan kumpulan kawalan (M=56.97, SP=19.60)

dalam pra-ujian, t(68) = -.190, p > .05, iaitu pencapaian murid pada tahap yang sama.

Namun, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi

pencapaian antara kumpulan rawatan (M=59.19, SP=20.59) dan kumpulan kawalan

(M=45.76, SP=17.15) dalam pasca-ujian, t(68)=-2.94, p<.05. Hasil soal selidik

menunjukkan bahawa tahap minat dan motivasi murid yang menggunakan strategi

membuat inferens berada pada tahap sederhana iaitu min keseluruhan minat 2.47

(SP=0.651) dan min keseluruhan motivasi 2.55 (SP=0.57). Data temu bual

menunjukkan bahawa murid suka membaca dan mendapati membaca merupakan

aktiviti yang menarik selepas menggunakan strategi membuat inferens. Kesimpulannya,

hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi membuat inferens dapat

meningkatkan tahap pencapaian membaca dan berpotensi meningkatkan tahap minat

dan tahap motivasi membaca dalam kalangan murid SJKC. Dapatan kajian ini memberi

implikasi bahawa penggunaan strategi membaca dapat membantu murid dalam

penguasaan kemahiran membaca serta membantu untuk memupuk minat dan motivasi

membaca dalam pembelajaran bahasa Cina. Maka, kajian ini boleh dijadikan rujukan

para guru supaya menerapkan strategi membaca dalam pengajaran kemahiran membaca

Bahasa Cina. Penggunaan strategi membaca seharusnya dititikberat dan dipraktik oleh

guru Bahasa Cina untuk membantu murid mengaplikasikan strategi membaca secara

meluas untuk menguasai kemahiran membaca.