Pembinaan Bahasa Seni Visual dalam meningkatkan penguasaan standard kandungan apresiasi seni murid-murid tingkatan 2

Kajian ini bertujuan membantu murid-murid menguasai Bahasa Seni Visual sepertimana

ketetapan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang

berpaksikan Pendidikan Abad Ke-21. Kajian ini dijalankan bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Eza Martu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8522
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid menguasai Bahasa Seni Visual sepertimana

ketetapan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang

berpaksikan Pendidikan Abad Ke-21. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keperluan

penggunaan bahan bantu belajar yang efektif, membangunkan kit BSV sebagai bahan

bantu belajar dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan kit BSV sebagai bahan

bantu belajar dalam meningkatkan tahap penguasaan murid-murid tingkatan 2. Kajian ini

dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas murid

tingkatan dua di SMK Maran berbeza aliran, iaitu sebuah kelas aliran agama dan tiga

buah kelas aliran biasa yang terletak di luar bandar. Lima sampel telah dipilih daripada

setiap kelas berdasarkan pencapaian PBD tertinggi di dalam kelas masing-masing. Dua

orang guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual tingkatan dua dan mantan pengetua

sebagai responden. Pemerhatian dan temu bual menjadi kaedah utama pengumpulan

data kajian. Kaedah pemerhatian dilakukan sebelum dan selepas penggunaan Kit BSV.

Temu bual berstruktur dijalankan ke atas 20 orang murid yang dipilih bagi mendapatkan

maklum balas selepas penggunaan Kit BSV. Temu bual separa berstruktur juga dilakukan

ke atas dua orang guru bukan opsyen yang mengajar PSV dan mantan pengetua. Analisis

data dilakukan dalam bentuk transkripsi dan dibuat pengekodan dalam mengikut tema.

Tafsiran data dilakukan bagi memahami data yang diperolehi dan dilakukan berulang kali.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kit BSV dapat membantu murid-murid

tampil yakin berkomunikasi menggunakan Bahasa Seni Visual semasa sesi Apresiasi

Seni di bilik darjah. Murid-murid tahu menggunakan laras Bahasa Seni Visual dengan

betul dalam penyampaian. Dapatan kajian turut memperolehi maklum balas positif

daripada guru-guru bukan opsyen yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Penggunaan

kit BSV mampu mengubah corak PdPc dalam bilik darjah dan dapat menghasilkan murid

yang berkualiti dalam penguasaan laras bahasa seni visual selari dengan standard

kandungan apresiasi seni.