Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah Matematik di sekolah menengah atas, Palembang (IR)

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hiltrimartin, Cecil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=854
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujuan. Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Temu bual di jalankan sebelum dan selepas bagi setiap sesi pdp. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual di jalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematik bagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu alat memahami konsep matematik yang baharu. Kebanyakan guru mengamalkan kaedah penyelesaian masalah terhadap murid secara berkumpulan dan mengambil masa yang lebih lama. Kaedah ini secara am dapat membantu murid menyelesaikan masalah. Kesimpulannya konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah matematik mempengaruhi amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kajian ini memberi implikasi bahawa konsepsi dan amalan pengajaran yang dipamerkan guru adalah sangat penting dan mampu membantu murid dalam mengukuhkan pembelajaran penyelesaian masalah matematik dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.