Hubungan antara kecerdasan emosi dan tekanan belajar dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah menengah

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan tekanan belajar

dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 285 orang m...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Hazlinda Azizan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8541
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan tekanan belajar

dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 285 orang murid Tingkatan Empat dari

sepuluh buah sekolah menengah di daerah Tampin dipilih sebagai responden melalui

persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal

selidik kecerdasan emosi (SSKE) yang telah diubahsuai oleh Abdul Malek dan soal

selidik tekanan 3SQ yang dibina oleh Muhamad Saiful Bahri. Data dianalisis melalui

statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian

t dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi murid berada

pada tahap yang tinggi dan tahap tekanan belajar adalah sederhana. Manakala

keputusan ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina

dengan kecerdasan emosi (t = -.892; df = 283, p = 0.373 > 0.05) dan terdapat perbezaan

yang signifikan antara jantina dengan tekanan belajar (t = -5.748; df = 283, p = 0.000 <

0.05). Dapatan analisis korelasi pearson pula menunjukkan tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik murid (r = .053,

p = .375 > 0.05) dan terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan belajar dengan

pencapaian akademik (r = .117, p = .049 < 0.05). Kesimpulannya, tekanan belajar yang

sederhana boleh memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik murid dan

perhatian yang lebih serius perlu diberikan kepada setiap murid dalam menghadapi

masalah tekanan belajar mereka. Implikasi kajian pula menunjukkan bahawa tekanan

belajar yang berbeza mengikut jantina dapat memberikan garis panduan kepada pihak

kaunselor sekolah untuk merancang dan menyusun kaedah terbaik bagi murid

menangani masalah tekanan belajar berdasarkan kepada jantina mereka