Manifestasi seni ukiran kayu kontemporari: Abd Muhaimin bin Hasbollah

Kajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu

Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam

mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai sat...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Yusniza Mohamed Yusof
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2020
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8542
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu

Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam

mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah

kepada peminat seni ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat

serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain itu, kajian ini juga

penting demi kelangsungan seni ukiran kayu kontemporari oleh generasi akan datang

serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam

bidang seni ukiran kayu agar mereka menjadikan beliau teladan dan juga sumber

rujukan. Objektif kajian adalah untuk menggalur kehidupan penggiat seni ini, mengenal

pasti nilai estetika dan ciri-ciri identiti pada hasil seni ukiran kayu kontemporari

tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif berdasarkan

pemerhatian, temu bual dan dokumentasi bagi melengkapkan pengumpulan data.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ukiran kayu yang diilhamkan bermotifkan flora

dan fauna, serta persekitaran yang dipengaruhi oleh faktor pemilihan tema, idea dan

konsep motif. Motif-motif ini mempunyai keunikannya yang tersendiri malah turut

mempunyai mesej yang tersirat berkaitan dengan kehidupan dan hubungan manusia

dengan alam. Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam usaha

memartabatkan seni ukiran kayu ini terutama dalam bidang pendidikan, kerjasama

agensi-agensi serta masyarakat bagi memastikan kelestarian seni ukiran ini terus

terpelihara. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan seni ukiran kayu kontemporari

Abd. Muhaimin Bin Hasbollah selain usaha ke arah mengekalkan warisan seni ukiran

kayu tempatan.