Hubungan antara elemen-elemen metakognisi dengan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran metakognisi dan pencapaian

akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini juga bertujuan mengenal

pasti hubungan antara elemen-elemen kesedaran metakognis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fong, Cui Fung
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8543
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran metakognisi dan pencapaian

akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini juga bertujuan mengenal

pasti hubungan antara elemen-elemen kesedaran metakognisi dengan pencapaian

akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan dan melibatkan seramai 210 orang

murid Tingkatan Empat dari empat buah sekolah menengah luar bandar di daerah

Daro, Sarawak yang telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan

dalam kajian ini ialah Inventori Kesedaran Metakognisi (MAI) yang dibangunkan

oleh Schraw dan Dennison pada tahun 1994 yang terdiri daripada 52 item untuk

mengkaji elemen-elemen metakognisi iaitu pengetahuan deklaratif, pengetahuan

prosedural, pengetahuan kondisional, perancangan, strategi pengurusan maklumat,

pemantauan kefahaman, strategi debugging dan penilaian. Pencapaian akademik

murid sekolah menengah luar bandar diukur menggunakan purata gred calon dalam

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Data yang dikumpul dianalisis secara

deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kesedaran metakognisi dan

pencapaian akademik murid menengah sekolah luar bandar berada pada tahap

sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa strategi pengurusan maklumat

dan penilaian mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik

murid sekolah menengah luar bandar. Kesimpulannya, kesedaran metakognisi dan

pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar masih perlu ditingkatkan.

Di samping itu, strategi pengurusan maklumat dan penilaian didapati memainkan

peranan dalam meningkatkan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar

bandar. Sebagai implikasi, pengajaran yang menekankan pembinaan kesedaran

metakognisi dan pencapaian akademik murid perlu dilaksanakan. Selain itu, murid

sekolah menengah luar bandar juga perlu didedahkan dengan strategi-strategi

pengurusan maklumat dan kemahiran penilaian sebagai usaha meningkatkan

pencapaian akademik mereka.