Analisis puisi pelian dalam upacara penyembuhan oleh manang masyarakat Iban

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis ritual pelian dan peralatan yang digunakan

oleh manang serta menganalisis fungsi puisi pelian yang didendangkan oleh manang

dalam upacara penyembuhan penyakit di daera...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Inggit Barau
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8548
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis ritual pelian dan peralatan yang digunakan

oleh manang serta menganalisis fungsi puisi pelian yang didendangkan oleh manang

dalam upacara penyembuhan penyakit di daerah Pakan, Sarawak. Kajian ini

menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian lapangan dan analisis.

Teori Arketaipal telah dimanfaatkan untuk mengupas jenis puisi pelian dan peralatan

yang digunakan oleh manang. Teori Budaya dan Teori Fungsionalisme telah digunakan

untuk menjelaskan fungsi pelian ini dalam masyarakat Iban. Data telah dikumpul melalui

pemerhatian penuh dan temu bual mendalam. Enam orang informan terdiri daripada

manang yang pakar dalam ritual pelian dan upacara penyembuhan menjadi subjek kajian.

Data dari pemerhatian dan temu bual dianalisis menggunakan kaedah Model Spradley

dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manang menggunakan enam

jenis puisi pelian penyembuhan dan enam jenis peralatan untuk menyokong ritual yang

dilakukan. Puisi pelian berfungsi untuk menjaga kesihatan dan ketenteraman,

mencerminkan pemikiran dan budaya, mengekalkan perpaduan, dan menjadi sumber

hiburan di kalangan pengikut ritual pelian. Puisi pelian merupakan penawar kepada

gangguan hantu, mimpi buruk dan penyakit rohani. Kesimpulannya, puisi pelian

berfungsi untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit rohani dan jasmani serta

mengekalkan hubungan sosial dan keharmonian dalam masyarakat Iban yang

mengamalkan animisme. Implikasinya ialah puisi pelian sebagai satu genre puisi

invokasi, telah mengayakan korpus kesusasteraan kaum Iban, selain dijadikan sumber

rujukan dan inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai dan memelihara puisipuisi

tradisional masyarakatnya.