Pembinaan Modul Bimbingan Tazkiyah al-Nafs (MBTN) dan kesannya ke atas religiositi dan resiliensi remaja

<p>Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membina modul bimbingan berperspektif Islam yang dikenali sebagai Modul Bimbingan Tazkiyah al-Nafs (MBTN) dan menguji kesan modul terhadap pembolehubah religiositi dan resiliensi remaja. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pembinaan modul dan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Md Noor Saper
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2012
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8566
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membina modul bimbingan berperspektif Islam yang dikenali sebagai Modul Bimbingan Tazkiyah al-Nafs (MBTN) dan menguji kesan modul terhadap pembolehubah religiositi dan resiliensi remaja. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pembinaan modul dan fasa menguji kesan modul terhadap pembolehubah religiositi dan resiliensi. Dalam fasa pertama, data tentang keperluan pembinaan modul telah dikumpulkan menerusi teknik temu bual dengan pakar dan kajian perpustakaan. Kajian kesahan pakar dan kebolehpercayaan telah dilaksanakan terhadap modul ini. Hasil kajian menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan modul ini adalah tinggi iaitu Alpha Cronbach 0.883. lni menunjukkan modul ini boleh digunakan sebagai intervensi. Pada fasa kedua, seramai 62 orang remaja telah dipilih sebagai responden untuk mengikuti modul ini. Kaedah kuasai eksperimen telah digunakan untuk mengutip data. Semua responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan. Untuk mengukur kesan modul terhadap religiositi dan resiliensi dalam kalangan responden, dua alat ukur telah digunakan iaitu Alat Ukur Soal selidik Daya Tahan (SOT) dan Skala Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (SPPIP-M). Di samping itu, data temu bual juga diambil untuk melihat respons mereka setelah melalui modul ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan rawatan yang signifikan terhadap pembolehubah religiositi dan resiliensi remaja. Dapatan juga membuktikan resiliensi seseorang boleh ditingkatkan melalui bimbingan dan latihan menggunakan modul keagamaan secara berperspektif Islam. Implikasi kajian ini langsung dapat memperkembangkan lagi ilmu berkaitan bimbingan dan kaunseling berasaskan elemen keagamaan khususnya menurut perspektifIslam.</p><p>Kata kunci: Bimbingan dan kaunseling, Modul bimbingan, Pembinaan modul, Religiositi, Resilensi</p>