Kesan penggunaan kad laporan harian dan memo peringatan terhadap murid-murid lemah dalam subjek Bahasa Melayu

<p>Kerja rumah adalah salah satu komponen dalam pembelajaran dan diberikan kepada murid untuk membantu dalam peningkatan akademik. Tujuan kajian adalah untuk melihat kesan penggunaan kad laporan harian dan memo peringatan terhadap murid lemah dalam perlaksanaan kerja rumah. Pendekatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Busyra Sadan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8574
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kerja rumah adalah salah satu komponen dalam pembelajaran dan diberikan kepada murid untuk membantu dalam peningkatan akademik. Tujuan kajian adalah untuk melihat kesan penggunaan kad laporan harian dan memo peringatan terhadap murid lemah dalam perlaksanaan kerja rumah. Pendekatan eksperimental dengan reka bentuk 4x2 Factorial Pre-Post Design digunakan dan melibatkan 80 orang murid lemah di Sek. Keb. Bukit Beruntung 2. Sampel kajian diagihkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kawalan, kumpulan eksperimen 1 (kad laporan harian), kumpulan eksperimen 2 (memo peringatan) dan kumpulan eksperimen 3 (kad laporan dan memo peringatan) dan sampel setiap kumpulan adalah 20 orang murid. Kad laporan harian, memo peringatan dan latihan digunakan sebagai bahan dalam kajian ini. Kerja rumah diberikan kepada sampel kajian sebanyak tiga kali seminggu dan kajian ini mengambil masa enam minggu untuk penyelidik mengumpulkan data. Dapatan analisis diskriptif menunjukkan kumpulan eksperimen 3 mencatatkan nilai sisihan piawai tertinggi iaitu 2.41 berbanding kumpulan lain. Namun ujian Anova Satu Hala adalah tidak signifikan di antara empat kumpulan kajian iaitu dengan nilai F(3,76) = .701, p> .05. Kesimpulan daripada kajian mendapati penggunaan kad laporan harian dan memo peringatan tidak meninggalkan kesan dalam pemberian kerja rumah kepada murid. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan tiada perubahan terhadap murid lemah dengan menggunakan kad laporan harian dan memo peringatan bagi kerja rumah yang diberikan.</p>