Pembangunan modul e-pentaksiran untuk Massive Open Online Course (MOOC) Kimia

<p>Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Responden kajian ini terdiri daripada 129 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia yang telah dipilih secara rawak kelompok. Instrumen kajian ad...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nurfarihah Kamarudin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8576
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan membangunkan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Responden kajian ini terdiri daripada 129 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia yang telah dipilih secara rawak kelompok. Instrumen kajian adalah borang penilaian kesahan kandungan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul dan soal selidik persepsi pelajar terhadap modul. Data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan Content Validity Index (CVI) bagi menilai kesahan kandungan modul. Kebolehpercayaan modul dianalisis dengan pekali kebolehpercayaan manakala persepsi pelajar terhadap modul dianalisis menggunakan nilai min persepsi. Hasil kajian menunjukkan nilai S-CVI/Ave yang diperoleh bagi 389 item dalam penilaian kesahan kandungan modul adalah 1.00. Seterusnya, nilai Cronbachs Alpha yang diperoleh bagi kebolehpercayaan modul adalah 0.98. Nilai min dan sisihan piawai bagi persepsi pelajar terhadap modul adalah 3.44 dan 0.59 masing-masing. Kesimpulannya nilai pekali kesahan, pekali kebolehpercayaan Cronbachs Alpha dan nilai min persepsi pelajar terhadap modul adalah baik. Implikasinya, penggunaan modul e-pentaksiran untuk MOOC Kimia ini dapat membantu pelajar menjalankan pentaksiran kendiri secara dalam talian, mengukuhkan pemahaman mereka dalam kursus kimia di samping membantu pensyarah mempelbagaikan kaedah pentaksiran.</p>