Kesan reka bentuk tutor hologram terhadap pengalaman pelajar dan emosi dalam pembelajaran

Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek pengalaman pelajar yang berbeza peringkat

umur terhadap tutor hologram manusia sebenar. Empat kumpulan yang terlibat ialah

murid darjah lima, pelajar tingkatan empat, pelajar...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Khairulnizam Ramlie
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2021
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8580
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan untuk melihat aspek pengalaman pelajar yang berbeza peringkat

umur terhadap tutor hologram manusia sebenar. Empat kumpulan yang terlibat ialah

murid darjah lima, pelajar tingkatan empat, pelajar sepenuh masa dan pelajar sambilan

institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga melihat kesan emosi seronok dan emosi dalam

pembelajaran pelajar yang tercetus disebabkan reka bentuk karakter tutor hologram

yang berbeza tahap realistik. Bagi tujuan tersebut tiga tutor hologram berbeza tahap

realistik telah dibangunkan, iaitu manusia sebenar, kartun 3D dan robot manusia. Hanya

pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi sahaja yang terlibat untuk objektif kedua

kajian ini. Keseluruhannya, reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan bagi

menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina. Bagi tujuan memperoleh maklum

balas dari responden, soal selidik UEQ telah digunakan untuk objektif kajian yang

pertama dan SAM serta AEQ digunakan untuk objektif kajian yang kedua. Secara

keseluruhan, seramai 210 orang pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi terlibat

dalam kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik ANOVA dan

ujian Post-Hoc. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengalaman pelajar bagi kesemua

peringkat umur berada pada tahap positif, namun berbeza secara signifikan

(F(3,116)=5.80, p<0.05, p2=0.13). Dari sudut tahap realistik karakter tutor hologram

pula didapati wujud perbezaan yang signifikan terhadap emosi seronok (F(2,87)=4.96,

p<0.05, p2=0.10) dan emosi dalam pembelajaran (F(2,87)=3.24, p<0.05, p2=0.07).

Namun, kesemua skor min tetap berada pada tahap positif. Kesimpulannya,

penggunaan tutor hologram didapati memberi pengalaman positif kepada pelajar bagi

semua peringkat umur. Penggunaan tiga reka bentuk karakter berbeza tahap realistik

juga menunjukkan kesan emosi positif. Namun, berdasarkan perbezaan signifikan yang

wujud serta skor min yang diperoleh, kajian ini mengesyorkan reka bentuk kartun 3D

sebagai pilihan utama, diikuti robot manusia dan manusia sebenar. Secara keseluruhan,

dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tutor hologram boleh digunakan untuk

menarik minat serta meningkatkan emosi positif pelajar terhadap proses pembelajaran.

Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan bagi pembangunan tutor hologram,

khususnya dari aspek reka bentuk karakter.