Kesan peranti kohesi rujukan dalam kefahaman membaca pelajar berdasarkan kaum

Kajian ini bertujuan menentukan kesan peranti kohesi rujukan dalam kefahaman

membaca pelajar bagi menangani isu pencapaian murid dalam pemahaman membaca. Reka bentuk

penyelidikan yang dipilih ialah kajian kuasi eksp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Azila Mohamad Darus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8585
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menentukan kesan peranti kohesi rujukan dalam kefahaman

membaca pelajar bagi menangani isu pencapaian murid dalam pemahaman membaca. Reka bentuk

penyelidikan yang dipilih ialah kajian kuasi eksperimental crossover design untuk menjawab satu

objektif kajian dan 18 hipotesis kajian. Enam set instrumen ujian pemahaman telah digunakan untuk

mengukur kesan peranti kohesi rujukan terhadap kefahaman membaca pelajar. Seramai 60 orang murid

tingkatan dua di sebuah sekolah di Perak dipilih menjadi sampel kajian menggunakan teknik

pensampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada tiga kaum, iaitu pelajar Melayu (n=20), Cina (n=20)

dan India (n=20). Enam jenis ujian iaitu ujian pra yang berdasarkan teks asal Teks 1: Cerpen Menuai

Emas (asal), Teks 2: Cerpen Banjir di Mata Emak (asal), Teks 3: Cerpen Talia dan Raksaksa Qadqad

(asal) dan ujian pasca yang berdasarkan Teks 4: Cerpen Menuai Emas (ubah peranti kohesi), Teks 5:

Cerpen Banjir di Mata Emak (ubah peranti kohesi) dan Teks 6: Cerpen Talia dan Raksaksa Qadqad (ubah

peranti kohesi). Semua teks dinilai oleh guru sebelum ujian pra dan pasca dijalankan. Ujian-t

sampel berpasangan dan ANOVA satu hala digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan

pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam

pencapaian, iaitu ujian pra (M = 6.5, SD = 1.38) berbanding ujian pasca (M = 7.9, SD = 1.34), t (57

) = 4.3, p <.001 bagi teks Cerpen Menuai Emas. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam

pencapaian, iaitu ujian pra (M = 7.1, SD = 1.24) berbanding ujian pasca (M = 8.6, SD = 1.13), t

(57) = 4.3, p <.001 bagi teks Cerpen Banjir di Mata Emak. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan

dalam pencapaian, iaitu ujian pra (M = 7.75, SD = 1.08) berbanding ujian pasca (M = 8.9, SD

= 0.91), t (57) = 4.3, p <.001 bagi teks Cerpen Talia dan Raksaksa Qadqad. Kesimpulannya, kajian

ini mendapati petikan yang diubah suai peranti kohesi rujukan telah meningkatkan kefahaman pelajar

terhadap teks. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penulisan teks bacaan untuk pelajar perlu

mengambil kira penggunaan peranti kohesi rujukan bagi meningkatkan kefahaman membaca pelajar.