Pelaksanaan pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di taska terpilih negeri Terengganu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan dari aspek

keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih negeri Terengganu. Di samping

itu kajian ini meneroka isu-isu keselamatan, kesih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nurazimah Ab Rasid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8586
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengurusan dari aspek

keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih negeri Terengganu. Di samping

itu kajian ini meneroka isu-isu keselamatan, kesihatan dan nutrisi pada kanak-kanak.

Pendekatan kaedah campuran digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif

dan kualitatif. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan

pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA terpilih. Responden yang

terlibat adalah seramai 110 orang ibu bapa kanak-kanak TASKA. Temu bual separa

berstruktur digunakan untuk meneroka isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan

nutrisi dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak TASKA untuk menangani

masalah yang dihadapi. Persampelan bertujuan melibatkan lima orang guru awal

kanak-kanak yang ditemu bual menggunakan protokol temu bual. Analisis deskriptif

soal selidik menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengurusan keselamatan,

kesihatan dan nutrisi berada pada tahap sederhana antara skor min 2.34 hingga 3.66

(s.p. = 0.60). Kajian ini menggunakan analisis tematik bagi data temu bual. Hasil

dapatan temu bual mengetengahkan tiga tema utama, iaitu kesejahteraan kanak-kanak,

pengurusan penyakit dan keperluan nutrisi untuk kanak-kanak TASKA.

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru perlu meningkatkan

pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi untuk memastikan penjagaan kanakkanak

yang berkualiti. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan

pengurusan keselamatan, kesihatan dan nutrisi di TASKA adalah penting untuk

kesejahteraan kanak-kanak.