Pembangunan sukatan pelajaran gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa (IR)

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumenta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nuraishah Ab Jalil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=859
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pengetahuan, kemahiran dan repertoir. Penilaian terhadap sukatan pelajaran yang dibangunkan telah diperoleh daripada seorang pakar. Penambahbaikan telah dilakukan terhadap draf sukatan pelajaran yang dibangunkan berdasarkan kepada komen dan maklum balas pakar. Sukatan pelajaran yang dibangunkan boleh dijadikan panduan bagi guru-guru dan tenaga pengajar untuk mengajar Gamelan Melayu secara terancang dan tersusun mengikut tahap-tahap tertentu. Hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada usaha menubuhkan dan melaksanakan satu sistem peperiksaan muzik bergred Malaysia bagi meningkatkan standard muzik tradisional Melayu.