Kesan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi

terhadap penulisan karangan dalam kalangan 48 orang murid tahun lima yang

berpencapaian rendah dan sederhana. Kajian ini dilakukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Nazwa Osman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8590
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi

terhadap penulisan karangan dalam kalangan 48 orang murid tahun lima yang

berpencapaian rendah dan sederhana. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah jenis

kebangsaan Cina di daerah Melaka Tengah, Melaka. Reka bentuk kajian ini

menggunakan kaedah kuasi eksperimental dengan membahagikan responden kepada

dua kumpulan yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Responden kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra dan ujian

pasca untuk membandingkan prestasi penulisan karangan daripada aspek keseluruhan

karangan, bilangan patah perkataan dan aspek kemahiran berfikir. Hasil kajian

menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan iaitu, p=0.402 dalam

pencapaian ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ini

menunjukkan kedua-dua kumpulan dikatakan setara sebelum kajian dilakukan.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan iaitu

(t=2.879, df=46, p<0.05) bagi pencapaian ujian pasca antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 3469 jumlah perkataan

berjaya ditulis oleh responden kumpulan rawatan dalam ujian pasca berbanding hanya

998 perkataan pada ujian pra. Manakala dapatan bagi kemahiran berfikir yang

ditonjolkan pula terdapat sebanyak 97 situasi kemahiran berfikir dalam ujian pasca

berbanding 55 situasi kemahiran berfikir dalam ujian pra bagi kumpulan rawatan.

Kesimpulannya, kaedah penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran

penulisan karangan ini jelas memberikan impak yang positif terhadap pencapaian

murid. Oleh yang demikian, guru digalakkan menyebatikan kemahiran berfikir aras

tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran menulis karangan.