Keberkesanan kaedah analisis fitur dalam menambah kosa kata murid Tamil tahun dua

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka keberkesanan kaedah analisis fitur dalam

menambahkan kosa kata Bahasa Melayu murid tahun dua sekolah Tamil. Kaedah kajian

yang telah digunakan ialah kuasi eksperimental. Re...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noratikah Abidin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8596
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka keberkesanan kaedah analisis fitur dalam

menambahkan kosa kata Bahasa Melayu murid tahun dua sekolah Tamil. Kaedah kajian

yang telah digunakan ialah kuasi eksperimental. Responden kajian ini terdiri daripada

60 orang murid perempuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan

yang signifikan iaitu, p=0.255 dalam pencapaian ujian pra antara kumpulan kawalan

dan kumpulan rawatan. Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan boleh dikatakan setara

dalam membina ayat sebelum kajian dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan iaitu (t = -6.780, df = 58, p < 0.05 ) bagi

pencapaian ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan

kajian seterusnya menunjukkan bahawa jumlah kosa kata kumpulan kawalan

meningkat dengan kadar yang rendah iaitu, 359 patah perkataan dalam ujian pra dan

496 patah perkataan dalam ujian pasca. Dapatan juga menunjukkan peningkatan kosa

kata yang tinggi bagi kumpulan rawatan dengan 372 patah perkataan dalam ujian pra

dan 1463 patah perkataan dalam ujian pasca. Berdasarkan dapatan perbezaan min ujian

pra dan pasca serta perbezaan jumlah kosa kata dalam ujian pra dan pasca bagi

kumpulan rawatan, kaedah analisis fitur meningkatkan kosa kata murid.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan keberkesanan kaedah analisis fitur dalam

menambahkan kosa kata murid. Implikasinya kaedah analisis fitur sebaiknya digunakan

sebagai kaedah pengajaran bagi sekolah jenis kebangsaan.