Kesan modul permainan mini berasaskan Teaching Games for Understanding terhadap perkembangan kemahiran motor kasar dan prestasi murid perempuan tahun 4

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan intervensi modul permainan mini

berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) terhadap perkembangan kemahiran motor kasar,

prestasi dan tahap pemahaman murid pere...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8601
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan intervensi modul permainan mini

berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) terhadap perkembangan kemahiran motor kasar,

prestasi dan tahap pemahaman murid perempuan Tahun 4 dalam membuat keputusan, pelaksanaan kemahiran

dan sokongan. Reka bentuk kuasi- eksperimen telah digunakan dalam kajian ini untuk melihat kesan

intervensi modul yang telah dijalankan selama enam minggu. Sampel kajian seramai 52 orang murid

perempuan Tahun 4 telah dipilih secara rawak berkelompok yang kemudian dibahagikan kepada tiga

kumpulan iaitu kumpulan rawatan TGfU (dengan Kiu, n=17), Kumpulan TGfU (tanpa Kiu, n=17), dan

kumpulan kawalan (KSSR, n = 18). Kajian ini telah menggunakan tiga instrumen iaitu Total Gross

Motor Development-2 (TGMD- 2) bagi mengukur perkembangan kemahiran motor kasar, Games Performance

Assessment Instrument (GPAI) dan soalan Temu Bual Berstruktur untuk mengukur prestasi bagi

menentukan tahap pemahaman murid dalam membuat keputusan, pelaksanaan kemahiran dan sokongan.

Dapatan kajian menunjukkan min ujian pasca untuk kemahiran motor kasar bagi kumpulan TGfU dengan

Kiu (M=80.65; SP=2.45), kumpulan TGfU tanpa Kiu (M=77.12; SP=2.67) dan kumpulan kawalan (M=74.00;

SP=2.40) agak berbeza. Ujian ANOVA telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min pasca

ujian bagi tahap pelaksanaan kemahiran [F(2, 49)= 20.99; p=0.01], membuat keputusan [F(2, 49) = 24.25; p=0.01] dan sokongan [F(2, 49) = 23.73,

p=0.01] bagi ketiga-tiga kumpulan. Dalam konteks triangulasi, data kualitatif temu bual telah

menyokong data kuantitatif dalam aspek pemahaman dimana peserta kumpulan TGfU dengan Kiu

menunjukkan pemahaman yang lebih baik dalam prestasi. Kesimpulan, dapatan utama kajian telah

menunjukkan bahawa modul permainan mini berasaskan TGfU adalah berkesan dalam aspek kemahiran

motor kasar, prestasi dan pemahaman bagi kumpulan TGfU dengan Kiu. Implikasi daripada kajian ini

telah menunjukkan bahawa modul permainan mini berasaskan TGfU dengan Kiu boleh digunakan oleh guru

pendidikan jasmani di sekolah rendah untuk membina kecekapan kemahiran motor kasar, meningkatkan

prestasi serta tahap pemahaman murid dalam membuat keputusan, pelaksanaan kemahiran dan sokongan dalam permainan.