Amalan pembelajaran hafazan al quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran hafazan al-Quran dalam

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan program Tahfiz Model

Ulul Albab (TMUA). Kajian ini dij...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Rozaini Ali Hasan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8604
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran hafazan al-Quran dalam

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan program Tahfiz Model

Ulul Albab (TMUA). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif

dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengkaji enam objektif kajian dan menjawab lapan persoalan

kajian serta 16 hipotesis. Seramai 183 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian yang diambil

dari empat buah SMKA TMUA. Instrumen set soal selidik digunakan untuk mengenal pasti kaedah

hafazan, faktor-faktor pembelajaran hafazan dan permasalahan pelajar dalam hafazan al-Quran. Data

kajian ini dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t, dan

ujian Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan

amalan pembelajaran hafazan berdasarkan perspektif pelajar berada pada tahap sederhana. Selain itu,

dapatan melalui ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kaedah hafazan

pelajar berdasarkan latar belakang demografi dari segi jantina, pencapaian hafazan dan aspek khatam

al- Quran. Manakala dapatan kajian terhadap faktor-faktor pembelajaran hafazan al-Quran menunjukkan

faktor ibu bapa dan rakan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian hafazan

pelajar. Walau bagaimanapun, faktor guru, masyarakat, sekolah dan selebriti didapati tidak

menyokong hipotesis kajian. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan kepentingan peranan ibu bapa dan

rakan dalam amalan pembelajaran hafazan al-Quran pelajar. Secara umumnya, kaedah hafazan al-Quran

dan faktor pembelajaran hafazan al-Quran mempunyai pengaruh dalam pembelajaran hafazan al- Quran

pelajar SMKA TMUA. Di samping itu, permasalahan pelajar perlu diberikan perhatian oleh semua pihak

yang terlibat dalam pembelajaran hafazan al-Quran pelajar. Implikasi kajian ini dapat menentukan

beberapa kaedah hafazan, faktor-faktor pembelajaran dan permasalahan pelajar yang perlu diberi

perhatian oleh semua pihak yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran pelajar

di SMKA TMUA.