Pembangunan dan penilaian kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Malaysia

Kecergasan fizikal kanak-kanak boleh menjadi petunjuk tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah

Malaysia. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamilah Mohd Basir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8606
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kecergasan fizikal kanak-kanak boleh menjadi petunjuk tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah

Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan

pembangunan (PRP) yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa I ialah fasa analisis keperluan yang menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik diedarkan kepada 145

orang guru prasekolah. Fasa II ialah fasa reka bentuk dan pembangunan kandungan modul. Kaedah Fuzzy Delphi dan protokol temu bual digunakan terhadap 5 orang

informan dan 17 orang pakar turut terlibat dalam fasa ini. Fasa III ialah fasa penilaian kebolehgunaan yang menggunakan kaedah reka bentuk kumpulan praujian dan

pascaujian dengan melibatkan 43 orang kanak-kanak prasekolah. Setiap instrumen

telah mendapat kesahan pakar. Dapatan analisis Fasa I menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.00 menunjukkan 100% responden

bersetuju dengan pembangunan kandungan modul penilaian ini. Analisis Fuzzy Delphi

bagi Fasa II menunjukkan komponen komposisi badan, komponen daya tahan otot tangan, komponen fleksibiliti, komponen kekuatan otot kaki, dan komponen daya tahan kardiovaskular diterima sebagai komponen kandungan modul penilaian dan

disusun mengikut keutamaan komponen. Ujian-ujian yang diterima bagi setiap

komponen ialah indeks jisim badan, genggaman tangan, jangkauan melunjur, lompat

jauh berdiri, dan larian ulang alik 20 meter. Hal ini disebabkan oleh semua komponen

dan ujian telah memenuhi syarat segi tiga fuzzy iaitu nilai ambang (d) 0.2 dan peratus kesepakatan pakar 75.0% serta memenuhi syarat penilaian fuzzy iaitu skor fuzzy (A) nilai -cut = 0.5. Fasa III dianalisis menggunakan SPSS 23.00 dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara praujian dan pascaujian bagi ujian dalam kandungan modul. Kajian ini telah menghasilkan kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Malaysia. Diharapkan hasil kajian dapat digunakan oleh pelbagai pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak prasekolah.